RSS

.: Akikah Damia:.


Seperti hari raya Aidilfitri juga, hari raya haji disambut dgn meriah di Kelantan. Setiap kali hari raya, di Kelantan pasti ada yang akan ambil bahagian untuk membuat korban lembu tidak kira untuk jamuan makan orang ramai ataupun untuk kenduri akikah.

Pada raya thn ni, kami mengadakan kenduri akikah untuk puteri kami, Nurin Damia Insyirah yg berusia 4 bulan pada masa ni.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: Aidilfitri 2007:.



Pada hari raya Aidilfitri kali ini disambut bertiga. pada tahun lepas beraya dengan mak dan ayah, tapi tahun ni beraya dengan suami dan anak sekaligus. Alahmdulillah... rezeki kurniaan Allah yang maha esa. Aidilfitri disambut dengan meriah walaupun secara bersederhana. Pada kali ini, kami beraya di rumah kt Paya Resak pada raya pertama, dekat Ajil pada raya ke2 dan balik beraya kt Tanah Merah pada raya ke3. Alhamdullillah, semua berjalan dgn lancar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.:Kelahiran Puteri Damia:.



Tanggal 9 Julai 2007, Sebulan sebelum tarikh keramat untuk Ummi melahirkan, Ummi telah pulang ke Tanah Merah, Kelantan memandangkan ini merupakan kelahiran bayi yang pertama lebih selesa berpantang di rumah ibu sendiri.Pelbagai persediaan telah dibuat untuk menyambut kelahiran bayi sulungku.

Tanggal 23 Julai 2007, hari Isnin pada jam 10.00 malam, kontraksi pertama berlaku selang 10 minit. Memang cuak dan takut apabila kontraksi memandangkan tarikh jangka untuk melahirkan ada dalam 2 mggu lagi. Sekarang kandungan ummi baru masuk 37 minggu. Tapi ini mungkin tanda-tanda awal untuk melahirkan. Walaupun sakit datang sekejap-sekejap tapi kerap.

Tanggal 24 Julai 2007, hari Selasa pada jam 9.00 pagi, ummi telah pergi ke Klinik Kesihatan Ibu & Anak , Jajahan Tanah Merah untuk membuat Check Up bagi memastikan sama ada sakit yang ummi rasa itu tanda-tanda untuk melahirkan atau tidak. Jururawat mengatakan itu merupakan tanda-tanda awal kelahiran dan ummi dinasihatkan supaya pergi ke Hospital Besar Tanah Merah.

Pada jam 6.30 petang, ummi telah pergi Ke Hospital Besar Tanah Merah. Setelah Check up jururawat mengatakan bahawa bukaan sebanyak 2cm. Jadi ummi perlu dimasukkan ke dalam wad bersalin sementara menunggu masa untuk melahirkan apabila bukaan 10cm. Sakit masih lagi datang sekejap-sekejap tapi semakin kerap.

Tepat jam 4.30 pagi, tanggal 25 Julai 2007.. ummi telah dimasukkan ke dalam labor room (Bilik Bersalin) setelah bukaan sebanyak 5cm.Ummi cuba untuk melahirkan secara normal. Walaupun pelbagai perasaan timbul namun ummi cuba kuatkan semangat untuk berjuang bagi menyelamatkan bayi yang ditunggu-tunggu selama ini. Tepat jam 9.30 pagi, sakit semakin kuat ummi rasakan, ummi cuba untuk melahirkan. Dengan bantuan jururawat yang bertugas akhirnya ummi berjaya melahirkan bayi perempuan yang comel tepat jam 11.02 minit pagi pada 25 Julai 2007 bersamaan 10 Rejab 1428 Hijrah pada hari Rabu.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana semuanya berjalan lancar dan bayiku ini dinamakan NURIN DAMIA INSYIRAH BINTI ZAMMERI.

Nurin: cahaya
Damia: kebajikan, keberkatan
Insyirah: kegembiraan, kebaikan hati

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts with Thumbnails