Kerajaan membuat keputusan untuk mengumumkan cuti umum tambahan menjelang hari raya puasa tahun ini kerana ia dijangka jatuh bersamaan dengan sambutan hari kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan ketika mengumumkan demikian berkata, bagaimanapun, tarikh sebenar cuti umum tambahan itu akan bergantung kepada pengumuman tarikh hari raya yang akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu sebagaimana lazimnya. Sekiranya hari raya pertama jatuh pada Selasa 30 Ogos yang juga bermakna hari raya kedua akan bersamaan dengan sambutan hari kemerdekaan negara pada Rabu, 31 Ogos, maka hari Khamis, 1 September akan diisytiharkan sebagai hari cuti umum tambahan, kata Sidek dalam satu kenyataan, Selasa.
Bagaimanapun, sekiranya hari raya pertama jatuh pada Rabu, 31 Ogos yang juga bersamaan dengan cuti umum sambutan ulang tahun kemerdekaan negara, maka hari raya kedua akan jatuh pada 1 September dan ini bermakna 2 September akan diumumkan sebagai hari cuti umum tambahan.
- MSTAR
Cuti Umum Tambahan Untuk Hari Raya Tahun 2011
Mudahnya Mengeluh, Sukarnya Bersyukur
Begitu mudah sekali melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir tanpa disedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun hairan, Kita mengeluh tatkala kita ditimbuni dengan pelbagai kesenangan.
Kita mengeluh kerana makanan kegemaran tidak disediakan, sedangkan perut semakin memboyot kekenyangan. Kita mengeluh kerana kepanasan, sedangkan angin semula jadi disediakan tanpa bayaran. Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan.
Allah s.w.t berfirman "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya" (An-Nahl: 18). Di saat kita tenggelam dalam keluhan diri sendiri, pancaindera kita tidak lagi mampu memainkan peranannya untuk melihat, mendengar, merasai dan menghayati pemberian Allah yang tiada henti-hentinya. Lantaran itu, begitu sukar sekali untuk menyebutkan kalimat Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran seorang hamba kepada khaliqnya. Itulah hakikitnya. Memang manusia sentiasa leka dan lupa. Manusia mempunyai keinginan yang tiada batasan. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki..Kecuali orang-orang yang bersyukur.
Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: "Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit" Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: "Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?" Pemuda berkenaan menjawab: "Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A'raaf ayat 10 yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur" Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah" jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu"
SubhanaLlah. Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini, Amin...
Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Ibrahim: 7)
Rahsia Jari anda!!!!!
Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.
Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.
Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??
Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.
Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.
Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.
Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang
Pertengkaran Lebih Eratkan Hubungan
KEHIDUPAN suami isteri ibarat gigi dan lidah. Justeru, kadangkala pertengkaran tidak dapat dielakkan walaupun membabitkan soal remeh-temeh.
Bukan semua pertengkaran itu tidak baik kerana ia juga boleh mendatangkan kebaikan, mematangkan suami isteri malah kehidupan berumah tangga.
Pertengkaran juga membolehkan pasangan meluahkan apa yang terbuku di hati daripada memendam rasa yang akhirnya memudaratkan diri sendiri. Jangan bertengkar sekadar membalas dendam atau menegakkan benang basah.
Pertengkaran adalah petanda awal dalam perkahwinan iaitu suami isteri cuba menyatukan selera, tujuan dan keperluan hidup mereka.
Apabila berkahwin, segalanya harus dikongsi. Kehidupan berkongsi itu termasuk minat, selera, cara hidup dan perasaan yang tentunya ada perbezaan serta perselisihan. Pertengkaran dapat menyatukan semula perbezaan itu.
Malah bagi mereka yang dapat mengatasi perselisihan, ia mungkin akan lebih mengeratkan hubungan suami isteri. Jika berlaku pertengkaran, jangan terlalu mencari kelemahan pasangan dan jangan hanya mencari kemenangan. Sebaliknya, berusaha mencari jalan penyelesaian.
Renungkan perkara berikut yang mungkin boleh dijadikan iktibar:
- Jika pertengkaran itu berkaitan sesuatu topik, jangan membabitkan hal lain kerana ia boleh memburukkan keadaan.
- Jangan bertindak menggunakan fizikal atau menggunakan kata-kata kasar dan menyakitkan hati. Bangkitkan suasana komunikasi yang aman menggunakan nada suara yang rendah.
- Jangan membiasakan diri menyendiri atau menjauhkan diri daripada pasangan selepas bertengkar.
- Insan mana yang tidak tersentuh apabila hatinya diguris dengan rasa tidak bersalah. Sekiranya berhadapan dengan perbalahan sehingga menyebabkan terpaksa membawa diri, jangan membuat keputusan terburu-buru.
- Selain itu, jangan pula menggunakan seks atau wang untuk membalas pertengkaran kerana ia akan menyebabkan berlaku pertengkaran yang lebih hebat.
- Jangan biarkan pihak ketiga seperti mentua, ipar atau adik-beradik terbabit dalam pertengkaran. Selesaikan secara baik antara suami isteri.
- Elak bercakap panjang. Dalam menjalin perhubungan yang matang, hormati pasangan dan diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila bertanya dengan panjang lebar mengenai kesalahannya, ia boleh mencetuskan rasa kurang selesa. Cari jalan penyelesaian supaya perkara itu tidak berulang.
- Tiada dendam dalam percintaan. Apabila hati seseorang itu benar-benar disakiti, dia akan bertindak balas untuk menyakiti hati pasangannya. Alasannya, biar pasangannya rasa bersalah dan turut rasa apa yang dia rasakan selama ini.
Kehamilan...
Pemeriksaan kandungan
Proses mengandung adalah suatu perjalanan yang istimewa dalam proses menjadi seorang ibu. Sepanjang tempoh kandungan iaitu 9 bulan sebelum bersalin, pemeriksaan berkala adalah penting untuk meramal, mencegah dan mengesan komplikasi pada ibu dan bayi dalam kandungan. Ianya adalah penting kerana 15% kandungan akan mengalami komplikasi yang memerlukan rawatan dan rundingan doktor.
Tanda-tanda mengandung termasuk:
-
Tidak datang haid
-
Payudara membengkak
-
Rasa loya dan muntah-muntah
-
Kerap membuang air kecil
-
Sakit belakang dan sakit pada tulang rusuk
-
Cepat letih
Biasanya, anda akan mula berjumpa doktor untuk pemeriksaan kehamilan selepas 12 minggu tidak datang haid. Lawatan pertama ini adalah penting untuk:
-
Pengesahan kandungan (bukan semua kes tidak datang haid disebabkan mengandung).
-
Menentukan sama ada bayi dalam kandungan masih bernyawa.
-
Menentukan usia kehamilan dan menganggar tarikh bersalin.
-
Menentukan masalah awal kandungan seperti masalah keguguran, kehamilan ektopik (embrio menempel dan membesar di luar rahim)dan kandungan anggur (disebabkan kandungan disenyawakan secara abnormal)
Semasa kunjungan berikutnya pemeriksaan seperti berikut akan dijalankan:
1) | Menimbang berat badan; ibu mengandung akan mengalami pertambahan berat badan secara purata 0.5kg seminggu dalam tempoh 15 hingga 38 minggu dan jumlah purata pertambahan berat badan adalah 12kg sepanjang tempoh mengandung. |
2) | Tekanan darah; untuk mengesan darah tinggi sewaktu tempoh kehamilan. |
3) | Mengesan edema (bengkak yang disebabkan oleh bendalir tisu dalam badan); ia biasanya boleh dilihat di buku lali. Jika bertambah teruk, ia merupakan petunjuk kepada masalah lain seperti darah tinggi atau penyakit buah pinggang.Meninggikan kaki di atas bantal semasa tidur boleh memperbaiki keadaan. |
4) | Ujian air kencing; untuk mengesan paras glukosa dan protein dalam air kencing. Sekiranya paras gula dan protein tinggi, ini menunjukkan diabetes ketika hamil dan juga pra-eklamsia (darah tinggi yang disebabkan oleh kehamilan) |
5) | Imbasan ultrabunyi; untuk melihat tumbesaran fetus dan mengesan sehingga 80% ketaknormalan pada struktur fetus. Imbasan secara lebih terperinci harus dilakukan semasa kandungan berusia 18-20 minggu. |
6) | Ujian darah; dilakukan pada minggu ke-18 kandungan untuk memeriksa; |
(a) Hemoglobin; mengesan sama ada ibu menghidap anemia atau thalassemia minor | |
(b) Kumpulan darah dan faktor rhesus | |
(c) Antigen dan antibodi terhadap Hepatitis B;untuk menentukan status pembawa hepatitis B | |
(d) Human Immunodeficiency Virus (HIV) antibodi; untuk menentukan status pembawa HIV | |
(e) VDRL; untuk mengesan siflis | |
7) | Amniosintesis; disarankan kepada ibu-ibu yang berumur lebih dari 35 tahun atau yang pernah melahirkan anak sindrom Down atau kurang upaya. Ianya dilakukan pada minggu ke-16 kandungan dan boleh mengesan sindrom Down, Patau dan Edward. |
Ibu yang sudah berumur (35 tahun ke atas) perlu berjumpa doktor lebih kerap kerana mereka mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat:
-
Kecacatan kromosom pada fetus
-
Darah tinggi yang disebabkan oleh kandungan
-
Diabetes yang disebabkan oleh kandungan
-
Pendarahan
-
Tumbesaran terbatas dalam rahim (IUGR) - bayi terlalu kecil semasa tempoh kandungan.
Kelahiran
Sekiranya mempunyai tanda-tanda hendak bersalin, anda perlu pergi ke hospital yang telah dirancang. Tanda tanda bersalin termasuk: sakit bersalin, petunjuk (terdapat kemerahan tanda seperti darah dan lendir di permukaaan serviks) dan pemecahan air ketuban.
Sebaik sahaja anda dimasukkan ke wad, kakitangan hospital akan melakukan perkara-perkara berikut:
-
Cardiotocography (CTG); untuk memonitor degupan jantung fetus
-
Enema; untuk membersihkan usus besar
-
Pemeriksaan vagina; untuk memonitor bukaan serviks
-
Memasang titisan intravena; tiub plastik akan dimasukkan ke dalam salur darah. Tiub ini adalah untuk memasukkan ubat jika berlaku kes kecemasan.
Terdapat 3 peringkat proses bersalin:
-
Peringkat pertama
Serviks akan terbuka perlahan-lahan sehingga bukaan berukuran 10 cm bagi membolehkan bayi keluar. Pengecutan otot pada mulanya agak perlahan setiap 10 minit dan bertambah kuat dan kerap. Pada akhir peringkat pertama pengecutan berlaku setiap 2 hingga 3 minit dan berterusan selama 40 saat. Peringkat pertama biasanya mengambil masa lebih kurang 8 jam.
-
Peringkat kedua
Peringkat ini bermula apabila serviks telah terbuka sepenuhnya dan berakhir apabila bayi dilahirkan. Dengan bukaan serviks yang luas, bayi akan bergerak turun sehingga kepalanya muncul di bukaan vagina. Selepas kepala dan bahunya keluar, bayi boleh keluar dengan mudah. Peringkat ini mengambil masa 30 minit. Biasanya episiotomy (potongan di bahagian bawah vagina) dilakukan untuk mengelakkan vagina dari terkoyak.
-
Peringkat ketiga
Selepas bayi dilahirkan, uterus akan terus mengecut dan ia akan dikeluarkan. Peringkat ini mengambil masa lebih kurang 20 minit.
Terdapat 5 jenis kelahiran. Ianya bergantung kepada keadaan kesihatan ibu dan kandungannya.
-
Bersalin spontan melalui vagina (SVD); bayi dilahirkan melalui vagina. Sewaktu dilahirkan, kepala bayi keluar dahulu dan doktor membantu bayi keluar dengan membuat insisi di bahagian bawah vagina.
-
Bersalin sonsang; punggung bayi keluar dahulu semasa dilahirkan.
-
Bersalin menggunakan forsep; Kaedah ini digunakan sekiranya bayi tidak bergerak atau ibu kehabisan tenaga untuk meneran. Forsep digunakan untuk memegang kepala bayi dan kemudian ditarik keluar untuk mempercepatkan kelahiran.
-
Bersalin menggunakan vakum; Kaedah ini digunakan sekiranya bayi tidak bergerak atau ibu kehabisan tenaga untuk meneran. Cawan vakum diletakkan di kepala bayi untuk membolehkan kuasa vakum akan menyedut bayi keluar.
-
Bersalin secara pembedahan (ceasarian section); Kaedah ini digunakan apabila bayi tidak bergerak keluar, ibu tidak mempunyai tenaga untuk meneran, terdapat masalah pada plasenta, saiz bayi terlalu besar atau kedudukan bayi yang tidak normal contohnya bayi berada dalam kedudukan sonsang.
Selepas bersalin
Melahirkan merupakan proses yang memenatkan dan memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Selain itu, perubahan hormon sepanjang tempoh kehamilan juga menyebabkan anda berasa penat dan agak sensitif selepas bersalin terutamanya dalam tempoh 3 hingga 5 hari selepas bersalin. Penjagaan selepas bersalin harus diberi perhatian untuk memastikan proses penyembuhan berjalan lancar:
-
Mengamalkan diet yang sihat; untuk mendapatkan tenaga dan nutrien yang mencukupi
-
Minum banyak air; terutamanya bagi ibu yang menyusukan anak.
-
Rehat secukupnya; tidur 8 jam sehari.
-
Mengamalkan senaman; Ia membantu untuk menenangkan diri dan baik untuk proses penyembuhan badan. Walaubagaimanapun, anda perlu mendapat nasihat dari pengamal perubatan sebelum mula bersenam. Sekiranya anda bersalin melalui pembedahan, anda dinasihatkan bersenam hanya selepas 2 minggu kelahiran.
Sekiranya anda masih berasa tertekan dan tidak sihat berjumpalah dengan doktor anda untuk mendapatkan nasihat.
Keutamaan Dan Amalan Bulan Zulhijjah
Salah satu cara yang telah dianjurkan oleh agama kita ialah dengan berpuasa sunat pada tanggal 1 hingga 9 Zulhijjah. Kelebihan berpuasa pada hari itu berbeza-beza pula, menurut sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a., Rasulullah bersabda maksudnya
- 1 ZULHIJJAH, kesalahan Nabi Adam diampuni Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diampuni Allah akan dosanya.
- 2 ZULHIJJAH, doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah, barang siapaberpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun dan tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun.
- 3 ZULHIJJAH, doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala doanya.
- 4 ZULHIJJAH, Nabi Isa a.s. telah dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan dan pada hari kiamat kelak ia akan tergolong bersama dengan orang-orang terhormat
- 5 ZULHIJJAH, Nabi Musa a.s. dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.
- 6 ZULHIJJAH, Allah membukakan pintu kebajikan kepada Nabi-NabiNya, barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta terlepas daripada azab.
- 7 ZULHIJJAH, pintu neraka jahannam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijjah. Barang siapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan.
- 8 ZULHIJJAH, Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan. Hari itu telah dinamakan dengan dari "Tarwiya" (hari berfikir-fikir). Barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui.
- 9 ZULHIJJAH, turun ayat terakhir kepada Rasulullah s.a.w. yang tersebut dalam surah al-Ma'idah, ayat 3. Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan iaitu pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijjah tahun 9 H ketika Nabi wukuf di Arafah, baginda pun wafat. Pada hari itu juga Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu sememangnya adalah perintah dariNya bukan dari syaitan. Justeru pada hari itu dinamakan hari "Arafah" (hari tahu). Barang siapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.
- 10 ZULHIJJAH, adalah Hari Raya Aidul Adha (korban) dinamakan juga hari "Nahar" (menyembelih). Barang siapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu akan diampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli keluarganya. Barang siapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat daripada Bukit Uhud yang terdapat di Madinah.
Ganjaran Bagi Mereka Yang Memuliakan Zulhijjah Kata sebahagian Ulama, "Barang siapa yang memuliakan hari-hari yang berlalu dalam bulan Zulhijjah, nescaya ia akan anugerahi oleh Allah dengan 10 macam kemuliaan iaitu
1. Berkat pada umurnya
2. Bertambah hartanya
3. Kehidupan rumahtangganya akan terjamin
4. Membersihkan diri daripada dosa dan kesalahan yang telah lalu
5. Amal ibadat serta kebaikannya akan berganda
6. Allah akan memudahkan pada saat kematiannya
7. Allah akan menerangi kuburnya selama berada di alam barzakh
8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya semasa di Mahsyar
9. Selamat daripada kejatuhan kedudukannya di dunia
10. Martabatnya akan dinaikkan pada sisi Allah.
- 1 hingga 9 hb - Sunat berpuasa
- 8 hb - Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat
- 9 hb (Hari Wukuf di Arafah) - Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat.
Disunatkan berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji, Membaca surah Al-Ikhlas 1000 kali
1. Solat pada awal waktu.. jadilah ianya amalan harian hendaknya..
2. Solat sunat qabliyah asar
3. Selepas solat asar - Baca Surah Yasin 3 kali
4. Membaca Laillahaillalah wahdahula... .huallakulishaiinkodir sebanyak 400 kali (bermula dari asar - isyak boleh sambung2) Fadhilatnya bagaikan memerdekakan 100 hamba.
5. Solat sunat qabliyah & ba'diyah maghrib
6. Selepas solat maghrib - solat sunat awwabin 6 ra'kaat (3 salam) Fadhilat penghapusan dosa bagi 50 tahun - hadith... jadikanlah ianya amalan bulanan/mingguan hendaknya...
7. Solat sunat tasbih
8. Solat sunat hajat
9. Berdoa dengan doa Nabi Adam iaitu robbana zolamna... sebanyak 50 kali
- 10 hb - Hari Raya Haji/Korban - Sembahyang sunat Hari Raya Aidil Adha - Membaca takbir, Melakukan korban
- 11, 12 dan 13 hb (hari-hari Tasyrik) - hidupkan malamnya dengan banyak beribadah, takbir selepas sembahyang waktu
- 29hb atau 30hb - Selepas solat 'Asar membaca doa akhir tahun. Selepas solat Maghrib membaca doa tahun baru.

Renungan
Sebatang besi perlu diketuk berkali-kali dan dibakar di dalam api untuk menghasilkan pedang.
Wujudnya kita hari ini juga adalah berdasarkan sebuah pengorbanan seorang wanita yang perlu mengendong ke sana ke mari sehingga sembilan bulan lamanya, Seterusnya bersabung nyawa untuk melahirkan kita. Selamat hari ibu, kepada semua ibu . Pengorbananmu sentiasa dihargai.
Sedarkah kita, untuk hidup kita perlu sentiasa berkorban. Walau sekecil mana pun pengorbanan yang perlu kita lakukan, ia adalah satu usaha untuk mencapai setipa hajat dan keinginan kita.
Begitu juga, jika kita inginkan satu kejayaan yang besar, sudah pasti kita juga memerlukan pengorbanan yang setara dengan kejayaan yang kita inginkan.
Jadi jangan takut untuk berusaha dan berkorban demi sebuah kejayaan, kerana kejayaan adalah milik sesiapa yang berusaha.