Terkini dari apa yang aku terima Maklumat mengenai berita Kes Jutawan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi rakan beliau yang terdahulu dilaporkan telah mati dibunuh berkemungkinan benar belaka.Pengesahan telah dibuat oleh Timbalan Ketua Polis Negara iaitu Ismail Omar pada pukul 10.30 pagi bahawa kes kehilangan Sosilawati Selesai dengan penemuan 4 mayat disebuah ladang Sawit. Namun keputusan dari Jabatan Forensik beluml lagi dapat dikeluarkan pada saat ini .
Imbasan Kes Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang mangsa yang terdiri daripada Datuk Sosilawati Lawiya, Peguam Peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim 32, Pegawai Bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad 38 dan Pemandu beliau Kamaruddin Shamsudin 44 yang telah menghilang sejak 30hb Ogos 2010 sehingga pihak polis membuat penahanan terhadap Suspek yang paling dikehendaki iaitu seorang Peguam bersama tujuh orang pekerja ladang.
Selepas hasil soal siasat dari pihak polis ,suspek iaitu peguam yang paling dikehendaki yang dikhabarkan seorang ahli perniagaan dan mempunyai rekod jenayah sebelum ini akhirnya menunjukkan lokasi kawasan pembunuhan di sekitar kawasan Tanjung Layang, Tanjung Sepat Morib Klang. Keadaan mangsa pembunuhan agak ngeri bila mayat mereka dibakar dan abu mayat dibuang ke laut. Berita mengenainya diketahui sebelum tengahmalam semalam dan para media telah bersiap dilokasi sejak semalam.
Jalan menuju ke lokasi telah ditutup kepada para media dan orang awam. Para media berkumpul disekitar kawasan kejadian dalam jarak 11km. Lokasi telah dikawal oleh pihak polis sejak 2 minggu lalu dengan kawalan kenderaan keluar masuk sehingga menarik perhatian orang ramai. Menurut maklumat Ladang Sawit tempat pembunuhan tersebut adalah milik Suspek yang juga dikhabarkan seorang peguam. Suspek telah dibawa kelokasi oleh unit forensik pada tengahari tadi ke lokasi kejadian. Sebuah restoran yang terletak kira-kira 4 kilometer dari tempat kejadian juga disiasat untuk mencari bukti.
Pengesahan Muktamad hanya dapat dilakukan dengan keputusan DNA dari Jabatan Forensik untuk menjawab segala persoalan yang masih membelenggu bukan sahaja keluarga mangsa begitu juga rakyat Malaysia secara umumnya. Keputusan masih belum keluar tapi dari maklumat yang didengar,pasukan forensik hanya berada ditempat kejadian kira-kira tengahari tadi maka keputusan akan keluar mungkin agak lewat.