RSS

Bila adik & kakak "Bersama"

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Entry ni nk citer perihal karenah anakanda berdua yg mcm belangkas ni... bergurau, bergaduh, menangis dan ketawa bersama... boleh dikatakan semua benda kena wat bersama klu x memg payah sikit terutama bab makan. Klu kakak makan sure adik pun mesti nk makan gak. Kalau salah seorang dr anakanda ni xde mmg nmpk sgt tahap kebosanan kakak atau adik. Kakak dh pandai tanya mana adik klu adik xde, adik xpandai nk ckp lagi mana kakak tp nmpk dr segi reaksi & asyik cari kakak jer..

Begitu akrabnya ikatan antara adik beradik... walaupun bertangkar cmner pun, air dicincang xkn putus sampai bila2. Mudah-mudahan anak2 ummi membesar dgn baik dan sentiasa bertolak ansur antara satu sama lain hingga hujung nyawa.. InsyaAllah...


Bila dh tdo, mcm2 gaya ada..



Bila dh kebosanan, mcm2 benda terpk nk wat




Dalam keta pun sempat lagi bergurau...




1-2-3..Wrestling...




Bila dh tdo, nmpk sian jer tgk muka..letih bebenor nmpknyer...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pantai Rhu rendang, Marang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Hari ni 30 Mei 2011, sekali lagi kami sefamily ronda2 ke pantai.Pantai pilihan kami pd kali ni adalah Pantai Rhu Rendang, Marang. Pada mulanyer xberhajat nk pegi sini pun , ingat nk pegi Pantai Batu Buruk atau Chendering. Tapi bila memikirkan mesti ramai org sb musim cuti sekolah, en asben tukar fikiran last minit..so kitaorg pegi kt Pantai Rhu Rendang ni. Suasana kt pantai ni ok gak, xramai org luar yg tau kawasan pantai ni, klu ada pun cuma org2 kampung tu jer... jd xdelah penuh sgt.

Punya lah susah nk cr jalan nk ke pantai, maklumlah jalan dh berubah jd banyak simpang masuk ke pantai dh diubahsuai..nasib baik jumpe gak akhirnyer... kakak dgn adik asyik sebut pantai jer kt dalam keta, dh puas pusing xsampai2 lagi..siap jumpe jln mati lak tu..isk3...

Masa smpi org xramai, cuaca pun ok, pemandangan pun menarik..kami smpi dlm kul 6.00pm gak la. Jd bg masa anak3 main dlm ms sejam smpi kul 7.00pm sb en asben nk g main badminton lak pd sebelah mlm. Bukan main seronok lagi budak2 main pasir, ingat nk lepas jer anak2 ain air pantai, tp mcm x sesuai jer utk budak2 sb air dlm dan ombak besar...jd biar jelah diaorg main pasir sepuas2nyer... terpulang diaorg nk wat ape pun..smpi anakanda Harriz panjat kayu siap jatuh terlentang lagi. Pasir penuh satu badan.Last2 terpaksa gak balik sb pasir dh masuk mata adik...isk4..sian lak.

Ape3 pun jom layan pic ni:

Aksi naik kuda :)



Panjat jgn xpanjat


Gumbiranyer adik..


Kepenatan.... Tertiarap sudaaa...

adik dh jatuh



suka sgt adik tgk ombak

comel jer 3 org ni


x Larat nk angkat kaki dh, angin & pasir yg curam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu

Assalamualaikum...

Entry hari ni nk citer sikit pasal cuti-cuti Terengganu sepanjang Mr Asben cuti semester panjang ni... dok umah pun bosan gak, lagipun sambil2 utk gembirakan hati anak2 dh lama xbawak g bersiar2 sejak abie xde.. bila dpt gembirakan hati anakanda berdua, hati kita pun turut terhibur sama wp penat tp berbaloi.

Kami bertolak dr umah jam 12.00tghr, nk pergi ptg karang anakanda tidur lak..nt jadual tergendala. Sebelum memulakan xtvt cuti-cuti Terengganu ni, ape2 pun kena makan dulu. Jadi kami singgah lunch kt Restoran AZ Selera Timur, Chabang Tiga. Makanan di sini banyak pilihan, harga pun boleh tahan gak... selepas semua dh kenyang barulah kami memulakan perjalanan.


(Restoran AZ Selera Timur)


Dalam kul 1.00pm, kami bergerak ke Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man Terengganu. Kebetulan Ayah Saudara Asben keje kt sana jd memudahkan kami sefamily utk jalan2 kt TTi ni. Destinasi pertama kami melawat sekitar monumen-monumen yg dibina. Memang cantik dan unik bangunan2 ni... kedua2 anakanda bukan main seronok lagi melihat pameran, mendengar video sejarah setiap monumen yg dibina... hari pun xpanas sgt..mendung jer kadang2 diselangi hujan renyai2.. lagipun kami naik tram ride jd xdelah terasa penat sgt... cuma banyak berhenti jelah disetiap monumen tu..ape2 pun memg puashati dan berbaloi.

Dalam kul 3.30pm, kami menunaikan solat Zohor dulu sebelum meneruskan agenda seterusnyer. Cadangannye nk singgah ke Muzium Negeri Terengganu tp memandangkan hari dh lewat ptg, jd kami tukar plan nk naik TTI River Cruise yg disediakan di Pesisiran Sungai Terengganu..tiket xmahal hanya rm10/jam.


(Masjid Kristal)

Untuk menaiki TTI River Cruise ni, kena tunggu la sekejap sementara menunggu bot penuh. Kalau xpenuh pun, separuh pun dh boleh jalan. Selepas solat asar kami ke Kaunter Tiket TTi River Cruise ni dan kebetulan lak bot sudah tersedia..Alhamdulillah. Kami diberi taklimat mengenai keselamatan dan pemakaian jaket keselamatan sebelum memulakan perjalanan. Perjalanan bermula di Jeti Tok Ku Paloh menuju ke sekitar monumen yg dibina melalui pesisir Sungai Terengganu. Memang cantik pemandangan dr dalam sungai ni, bersih dan tenang jer. Sampai separuh jalan, anakanda Harriz dh mula menunjukan tanda2 tak selesa memakai jaket keselamatan, maklumlah tuan kecik tp jaket besar..asal dia duduk jer terus tenggelam. Akhirnyer Kapten Bot, En Mohd Zakaria memberi kelonggaran supaya tanggalkan jaket keselamatn anakanda Harriz. Lepas tu terus ok... :) tp sekejap jer pastu terlena dgn deruman bot yg semakin kuat..mcm3 anakanda Harriz ni... kami dibawa mengelilingi kawasan Pulau Duyongm, Pasar Payang dan berakhir di Tanjung... memang menarik dgn panorama yg indah..begitu berpuashati dgn cuti2 terengganu pd hr ni...

Dalam kul 6.00pm, kami bertolak balik..hr pun dh lewat ptg, anakanda pun dh nmpk keletihan. Belum sampai separuh jalan, anakanda Damia dh tertdo..anakanda Harriz lak terjaga lepas sejam terlelap dlm TTI River Cruise td.. Semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah...



(TTI River Cruise)





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hinggap sejenak di Masjid Kuala Ibai

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Semalam 27 Mei 2011, kami sefamily kuar ke beli barang keperluan harian mcm sabun basuh, sedikit stok makanan utk anakanda memandangkan esok keta dh nk kena hantar workshop lagi..paling sekejap dlm 2 mggu gak la kena dok terperuk kt umah ni...memg akan melalui detik kebohsanan melampau la pasni dgn karenah org sekeliling yg begitu menguji tahap kesabaran.

Kami decide pegi Mydin kt Kualai Ibai jer, klu g Mydin Hypermarket karang xmenang tangan nk layan anakanda berdua ni.. lagipun xbyk sgt pun brg yg nk dibeli.. dh siap beli barang, kami singgah jap kt Masjid Kuala Ibai.. saje ambik udara ptg. xlama dlm stgh jam jer kitaorg balik memandangkan hr dh nk senja..









Gagasan pembinaan Masjid Tengku Tengah Zaharah, Teluk Ibai, Kuala Terengganu merupakan cetusan idea Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Nama masjid tersebut sempena nama Al-Marhumah bonda baingda dan baginda telah berkenan menyumbangkan sebahagian daripada dana pembinaanya. Pemilihian lokasi di Teluk Ibai adalah sesuatu yang cukup tepat dan indah dengan kombinasi warna langit yang terbuka, air yang memantulkan replikasi yang amat ceria dan putihan pasir pantai yang sekaligus memberi erti betapa keagungan syiar Islam terangkum dalam satu bentul tamadun yang terus berkembang.

Masjid ini telah dibina di atas tanah yang ditebusguna seluas 5ekar di Teluk Ibai. Ia dapat menampung ahli qariah dan jemaah dari beberapa perkampungan sekitarnya serta juga para pengunjung dan juga musafir. Kedudukannya di tepi Jalan Sultan Mahmud, 7km ke Kuala Terengganu cukup memikat para pelancong untuk menunaikan ibadat dan menghilangkan penat. Dengan landskap yang diilhamkan secara seni dan perkongsian idea senibina yang cukup harmoni, tambahan pula kelihatan diapungi air tasik yang jernih, Masjid Tengku Tengah Zaharah adalah jelmaan suatu gagasan yang amat padu, wajar dan berkomposisi secara saksama dan profesional.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cuti Umum Tambahan Untuk Hari Raya Tahun 2011

Kerajaan membuat keputusan untuk mengumumkan cuti umum tambahan menjelang hari raya puasa tahun ini kerana ia dijangka jatuh bersamaan dengan sambutan hari kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan ketika mengumumkan demikian berkata, bagaimanapun, tarikh sebenar cuti umum tambahan itu akan bergantung kepada pengumuman tarikh hari raya yang akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu sebagaimana lazimnya. Sekiranya hari raya pertama jatuh pada Selasa 30 Ogos yang juga bermakna hari raya kedua akan bersamaan dengan sambutan hari kemerdekaan negara pada Rabu, 31 Ogos, maka hari Khamis, 1 September akan diisytiharkan sebagai hari cuti umum tambahan, kata Sidek dalam satu kenyataan, Selasa.

Bagaimanapun, sekiranya hari raya pertama jatuh pada Rabu, 31 Ogos yang juga bersamaan dengan cuti umum sambutan ulang tahun kemerdekaan negara, maka hari raya kedua akan jatuh pada 1 September dan ini bermakna 2 September akan diumumkan sebagai hari cuti umum tambahan.

- MSTAR

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Majlis Solat Hajat & Doa Selamat


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Hari ni kami sekeluarga baru jer balik dr rumah Tok & To'ki di Tok Gebok Ajil sempena majlis doa selamat dan solat hajat bagi mendoakan keberkatan kedua2nya menunaikan ibadah umrah pada hr Ahad (29 Mei 2011) nt..InsyaAllah, Tok & To'ki akan bertolak selepas solat Asar.

Majlis bermula lepas solat Isyak dgn memanggil qariah masjid yg berhampiran. Kami bertolak ke rumah to'ki dlm kul 8.00pm. Pada mulanya nk bertolak awal, tp anakanda Damia lak tdo ptg td, jd tggu dia bangun dulu br bertolak..Alhamdulillah, majlis berjalan dgn lancar.

Semoga kedua2nya selamat pergi dan kembali serta dapat menunaikan ibadah umrah dgn sempurna..InsyaAllah...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sepetang Di Pantai Rekreasi Chendering





Assalamualaikum...

Semalam sepetang bawak anakanda Damia Insyirah dan Anakanda Amzar Harriz pegi main kt Pantai Rekreasi Chendering. Kami bertolak lepas solat asar..ms smpi kt sana, xde org lagi. Pada permulaannye Anakanda Harriz sedikit rs takut2..maybe xpenah bawak dia pegi pantai jd dia xbiasa, berlainan lak dgn Anakanda Damia..awal2 lagi dh memulakan misi mengorek pasir, kejar ketam, kutip kulit kerang dan mcm3 aktiviti yg dia rs nk wat.. akhirnyer adik pun berminat gak utk join kakak sekali.... :)

Bila dh start main, Anakanda Harriz ni jd terover berani la pulak.. mula2 main pasir dulu..pastu jalan2 kt tepian pantai yg landai, pastu dh mula beranikan diri masuk dlm air. Pada awalnyer sentuh air pun xberani, bila dh lama. siap berenang lagi dlm air cetek..xcukup dgn tu, cuba beranikan diri ke air dalam, bila ummi larang dia wat xtau jer... penat ummi melarang..mcm2 karenah budak2 ni... boleh dikatakan seluruh badan penuh dgn pasir pantai....

Dalam kul 6.30pm...hari dh beransur petang ke senja..tapi anakanda berdua masih leka main air, xmboh naik terus. Ajak balik pun diaorg wat x layan jer. Nak tak nak kena paksa rela la bawak anakanda balik... maklumlah hr dh gelap..nangis anakanda Harriz xmau balik gak...

Dah badan dua2 anakanda penuh dgn pasir n melekit jer dgn air masin, jd abie singgah kt masjid jap nk mandikan anakanda berdua... puashati tul sepetang lepaskan anakanda bermain kt pantai ni..nt ada ms kita dtg lagi...






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nasib baik bawah mata..



Assalamualaikum....

ni gara2 suka sgt main kt dpn umah..kebetulan skrg musim buah mangga.. jd kerengga pun byk la bersarang atas pokok mangga ni... si Harriz ni pantang pakai kasut, sepantas kilat jer melutu ke bawah pokok ni.. Akhirnyer dh jd mangsa gigitan kerengga. Nasib baik la kt bawah mata..klu betul2 dlm mata, lagi teruk agaknyer... smpi skrg parut x ilang2 lg.. ms mula2 kena, 2-3 hr gak mata Harriz merah N bertahi mata..mmg sian tgk... begitu lah ragam budak2..bak kata org tua..."budak buas boleh sakit"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Damia Vs Kura-kura


Assalamualaikum...

Alkisah ni nk citer sikit pasal Kakak Damia ni.... dh dapat mainan baru memg xpenah dok jauh dgn dia..memg setiap saat mesti tanya..mana kura-kura kakaknyer? fuh, jenuh menjawab....

Nak dijadikan citer, masa tok mek kt tanah merah pegi ambik daun pandan kt tepi umah, dia terpijak kura-kura ni (pokok pandao dalam kawasan air bertakung). jadi tok mek pun mabik nk tunjuk ke Kakak Damia, bukan main seronok lagi dia dpt kura-kura ni, maklumlah xpernah tgk real, asyik tgk gmbr jer..disebabkan kesian tgk Damia nk main, kd tokmek pun letak la kura-kura ni dalam baldi... dlm 4 hr gak kura-kura ni dibela Damia..last2 ummi suh kakak lepaskan jer kura-kura ni..sian tgk dia terkurung jer dlm baldi tu..dgn berat hati Damia pun lepaskan, tu pun still tgk dr jauh kura2 pegi..bila kura2 ni jalan, Damia pegi dekat.jd kura2 ni masuk balik kaki dia.... bila Damia dok jauh, kura2 tu jalan semula..kelakar lak tgk karenah Damia... Akhirnyer ms Damia dh hampir2 lupe, kura2 tu pun berjaya melepaskan diri... Damia ada tanya gak lepas tu, ummi ckp kura2 lapar, dia cr makan dulu.... :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Peristiwa 17 Mei 2011

Assalamualaikum wbt

Pada tanggal 17 Mei 2011, hari Selasa lepas kami sefamily berkunjung ke Hutan Lipur Sekayu... dh lama xmandi air jeram ni.. first sekali dtg masa pregnant anakanda Damia 5 bulan..2nd dtg Sekayu ms pregnant anakanda Harriz ms 5 bulan gak.. ni bila dua2 anakanda dh besar sikit, jd kami fikir nk jalan2 sambil cuti2 bersama anak2..lagipun abie cuti semester sekarang, ms ni la yg ada utk dihabiskan bersama family...

Kami bertolak ke Sekayu dlm kul 11.00am, lagipun nk siapkan anakanda berdua ni ambik ms gak... Masa bertolak semuanyer ok jer tp semasa dh hampir sampai kt Sekayu, berlaku perkara yg x dingini... ada seekor "khinzir" melintas jalan..xsure la jenis b*** tunggal ke b*** hutan cuma yg pasti khinzir yg boleh tahan besar n garangnyer.. dlm sekelip mata jer ia melintas, jd terpaksa la abie brek emergency... sb xsangka.. dua2 anakanda terhantuk..nasib baik anak2 xde ape2 cuma terkejut jer sikit... cuma kereta la yg parah sikit....lampu depan sebelah kiri pecah, kereta dh kemek, plat pecah, pintu dpn sebelah pemandu xleh bukak...bahana seekor "khinzir", rosak mood cuti hr tu..isk3...

Hari ni abie dh hantar keta masuk ICU, nk repair mana yg patut..makan masa gak la..alamatnyer patah kaki la kitaorg sefamily..nk wat cmner... sabau jelah....


















ape2 pun kita citer cikit tentang Hutan Lipur Sekayu ni....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
HUTAN LIPUR SEKAYU

Hutan Lipur Sekayu atau lebih dikenali juga dengan Air Terjun Sekayu terletak di dalam kawasan hutan simpanan Hulu Terengganu tambahan. Ianya berada di dalam daerah Hulu Terengganu, 16 km dari Pekan Kuala Berang dan 56 km dari Bandaraya Kuala Terengganu. Hutan Lipur tersebut mempunyai leluasan lebih kurang 405 hektar. Pelbagai spesis tumbuhan dan pokok yang terdapat di hutan ini termasuklah pokok-pokok yang mempunyai khasiat perubatan yang tinggi.

Keunikan hutan lipur ini ialah terdapatnya sebuah air terjun tiga peringkat yang cantik dan mempesonakan. Air sungainya yang jernih, dingin dan menyegarkan dikelilingi oleh keindahan alam semulajadi sangat sesuai untuk tujuan beristirehat dan berekreasi. Pada hujung minggu dan cuti sekolah, pengunjung dapat menyaksikan ragam manusia berkelah dan mandi-manda di sepanjang kawasan sungai dan air terjun.

Hutan lipur ini menyediakan kawasan perkhemahan yang lengkap denagn tempat memasak, kawasan unggun api, bekalan air dan elektrik. sebuah denai hutan disediakan untuk pengunjung-pengunjung melihat kepelbagaian tumbuhan dan hidupan liar. Bagi pengunjung yang ingin bermalam di Hutan Lipur Sekayu boleh menyewa di beberapa buah chalet yang disediakna dengan kadar sewa yang berpatutan.

Disini juga terdapat banyak insfrastruktur dan kemudahan-kemudahan rekreasi yang telah disediakan seperti tempat penginapan, taman permainan kanak-kanak, pondok rehat, tempat berkhemah, jalan dalam hutan (jungle tracking) dan lain-lain lagi.







TAMAN PERTANIAN SEKAYU

Pintu masuk ke Taman Pertanian Sekayu

Taman Petanian Sekayu terletak bersebelahan Hutan Lipur Sekayu. Taman ini terletak kira-kira 52 km dari Bandaraya Kuala Terengganu dan 15 km dari Pekan Kuala Berang. Taman Pertanian Sekayu merupakan taman pertanian terbesar dengan keluasan kira-kira 93 hektar. Pelbagai taman terdapat di Taman Pertanian Sekayu seperti Taman Orkid, Taman Buah-buahan atau Taman Eksotika, Taman Permainan Kanak-kanak dan Taman Rekreasi. Di pintu masuk ke Hutan Lipur Sekayu dan Taman Pertanian Sekayu pengunjung akan dikenakan caj parkir sahaja minima sebanyak RM1.00 bagi pelbagai jenis kenderaan kecuali motosikal.

Pengunjung akan disajikan dengan pelbagai spesis bunga di Taman Bunga, kolam mandi, taman burung, tasik buatan untuk memancing dan berkayak, taman perikanan dan taman herba. Di Taman Orkid, terdapat beberapa spesis baru yang ditanam termasuk dari jenis Dendrodium, Vanada, Aranda dan Catleya. Di Taman Buah-buahan dan Taman Eksotika yang berkeluasan kira-kira 26 hektar terdapat pokok durian, duku, dokong, manggis dan rambutan. Orang ramai yang berkunjung ke sini dibenarkan memetik sendiri buah-buahan dalam taman ini untuk dimakan. Pengunjung perlu membayar mengikut harga tertentu selepas menikmati buah-buahan tersebut.

Selain dilengkapi dengan taman permainan kanak-kanak di kaki bukit, terdapat juga beberapa kawasan yang sesuai dijadikan tempat berkelah atau brkhemah berhampiran anak sungai. Berhampiran taman perikanan, pengunjung boleh melihat pelbagai jenis haiwan seperti rusa dan arnab.

Tidak lagi hanya menjadi lokasi pilihan untuk penganjuran hari keluarga, Taman Pertanian Sekayu menjanjikan satu kelainan dan tarikan bari kepada pengunjung dengan beberapa pembaharuan yang telah dilaksanakan. Dengan tarikan baru seperti gelungsur air ala taman tema, ia menjadi pilihan alternatif pengunjung terutama mereka yang mempunyai anak kecil kerana ia selamat terutama ketika hari hujan. Bagi pengunjung-pengunjung yang datang, mereka kagum dengan kepelbagaian daya tarikan baru yang telah diwujudkan.

Bagi keluarga yang ingin bermalam, Taman Pertanian menyediakan lima unit rumah penginapan untuk disewa. Terdapat juga kemudahan asrama perempuan dan asrama lelaki untuk kemudahan pelajar mengikuti kursus di sini. Pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Bandaraya Kuala Terenggganu untuk sampai ke Pusat Pertanian yang sungguh menyeronokkan ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts with Thumbnails