Pada bulan puasa memang sudah menjadi rutin akan diadakan majlis berbuka puasa oleh student kt fakulti abang. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, student semester 6 2008 telah mengadakan majlis berbuka puasa di salah sebuah restoran dalam taman dekat Tok Jembal. Macam-macam menu yang disediakan seperti tom yam, ikan siakap masak tiga rasa, telur dadar, sayur kailan ikan masin dan macam-macam lagi. Dengan kehadiran semua pelajar memeriahkan lagi majlis berbuka puasa.
Student semester 6 semester ini taklah ramai sangat Cuma 12 orang tapi suasana still meriah mcm 50 orang... al maklumlah ramai student lelaki.. Cuma servis di restoran itu boleh dikatakan lmbt sedikit, mungkin disebabkan banyak tempahan untuk pelanggan yang ingin berbuka puasa.
Alhamdulillah, boleh dikatakan masakkan di restoran ni sedap jugak.. licin budak2 ni makan..lagipun membazir lak klu x abiskan.. Ape2 pun diucapkan ribuan terima kasih kepada semua student sem 6 2008 kerana menjemput kami sekeluarga ke majlis berbuka puasa ni...
Gambar kenangan bersama student sem 6 sesi 2008 (25 Sept 2008)