RSS

MTEST KPLI

Hari ni ummi ada mtest untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)... rasanyer ni dh kali ke 5 umii ambik mtest ni tp mungkin xde rezeki lagi ummi jd guru.. harap2 semuanyer ok la pada mtest kali ni..InsyaAllah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

UITM Dungun

Pada bulan Mac dan April ni boleh dikatakan bulan untuk berseiar-siar maklumlah musim ni kan cuti sekolah jadi banyak tempat kena pegi majlis kawin... so ambik peluang untuk berjalan-jalan sekali.. bab kata pepatah " Sambil Menyelam Minum Air" hehehehe

Kali ni kawan Hubby kawin kt Dungun, Terengganu & Kuantan pada hari yg sama.. so pagi2 lagi kami bertolak dari umah mertua kt Paya Resak supaya sampai kt destinasi yg dituju mengikut jadual yg telah ditetapkan. Kami bertolak lebih kurang kul 9 am, maklumlah Puteri Damia ni memang susah nk bangun pagi... tu pun kena kejutkan... sian lak...

Seperti yg dijadualkan kami sampai kt Dungun pada kul 12.30 tghr, memg tepat pd masanyer waktu lunch time..hehehe.. kebetulan pulak pada ms tu x ramai org lagi yg dtg kt majlis... jadi leh la mkn dengan tenang.

Bila dh settle pegi majlis tu kami singgah jap kt Taman Permainan depan UITM Dungun.. dekat dgn pantai apalagi tempat2 cmni memg favourite Puteri Damia, jd kami lepak la kt sana dulu sebelum meneruskan perjalanan seterusnya...

Antara ragam Damia semasa kt Taman




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Renungan

Sebatang besi perlu diketuk berkali-kali dan dibakar di dalam api untuk menghasilkan pedang.

Wujudnya kita hari ini juga adalah berdasarkan sebuah pengorbanan seorang wanita yang perlu mengendong ke sana ke mari sehingga sembilan bulan lamanya, Seterusnya bersabung nyawa untuk melahirkan kita. Selamat hari ibu, kepada semua ibu . Pengorbananmu sentiasa dihargai.

Sedarkah kita, untuk hidup kita perlu sentiasa berkorban. Walau sekecil mana pun pengorbanan yang perlu kita lakukan, ia adalah satu usaha untuk mencapai setipa hajat dan keinginan kita.

Begitu juga, jika kita inginkan satu kejayaan yang besar, sudah pasti kita juga memerlukan pengorbanan yang setara dengan kejayaan yang kita inginkan.

Jadi jangan takut untuk berusaha dan berkorban demi sebuah kejayaan, kerana kejayaan adalah milik sesiapa yang berusaha.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salam Maulidurrasul

Hari Maulud Nabi (12 Rabiul Awal)

Salam Ukhuwah para pembaca semua, sempena memperingati tarikh kelahiran baginda Nabi kita, marilah sama-sama kita belajar tentang sambutannya seketika…Hari Maulud (kelahiran) Nabi Muhammad SAW bertujuan untuk memuliakan Nabi Muhammad SAW berasaskan firman Allah dalam Al-Quran (terjemahannya ) :-

“maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung.”
Al-Araf: 157

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Temuduga Terbuka untuk Semua

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar..
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.


Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya." Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk.. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.



Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".


Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Renung-renungkan lah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kasih sayang manusia tidak penting???

Ya! Kasih sayang manusia itu tidak penting selagi kita tidak meletakkan kasih sayang kita kepada Allah. Dewasa ini terdapat ramai dikalangan umat Islam lebih-lebih lagi yang berbangsa Melayu di negara kita mengambil tindakan drastik untuk MEMBUNUH DIRI!
Fikiran mereka ringkas…apabila ditinggalkan kekasih, bagi mereka tiada gunanya mereka hidup lagi! Jangan bertindak keterlaluan! Kita dilahirkan asalnya keseorangan dan kita akan mati juga keseorangan. Kita bakal menanggung dosa sendiri, tiada sesiapa dapat membantu! Apa guna kasih yang didambakan? Apa guna cinta dan sayang yang diharapkan? Apa guna belai kasih yang diinginkan?
SEBENARNYA TIADA GUNANYA! Tetapi kenapa ramai orang sekarang terlalu mudah membuat keputusan untuk membunuh diri? Malah ada juga yang membunuh teman atau kekasihnya kerana ditinggalkan. Apa dah jadi ni? Apa yang kita belajar dalam agama kita? Apa yang ISLAM ajar kita sejak dilahirkan? Mana perginya nilai murni ajaran agama kita? Mana perginya IMAN kita?Inilah fanomena yang sedang berlaku sekiranya kasih sayang dan CINTA manusia tidak dicurahkan kepada TUHAN YANG MAHA ESA! Tidak salah mendambakan kasih sayang dan cinta manusia tetapi terlebih dahulu tanamkan dulu kasih sayang dan cinta kepada ALLAH! Cintakan seseorang kerana ALLAH, kasihkan seseorang kerana ALLAH, rindukan seseorang kerana ALLAH, pasti kita semua akan terselamat dan tenang di sisi-Nya!Andainya anda seorang lelaki dan mempunyai isteri atau seorang teman wanita,

Ajarkan mereka supaya terlebih dahulu menyayangi dan mencitai ALLAH dan RASULNYA sebelum mencintai anda.

Ajarkan mereka mentaati perintah ALLAH dan RASULNYA dahulu sebelum mentaati perintah anda.

Ajarkan mereka supaya sentiasa mengingati ALLAH setiap detik sebelum mengingati anda.

Ajarkan mereka supaya sentiasa menyayangi anda bukan kerana diri anda tetapi kerana ALLAH.

Pergantungan kepada manusia akan binasa bila-bila masa sahaja, pergantungan kepada ALLAH akan sentiasa dirahmati sehingga ke akhir hayat. Dengan kasih sayang yang dibina kerana ALLAH, anda tidak perlu khuatir jika suatu hari nanti anda terpaksa meninggalkan isteri atau teman wanita anda. Kerana mereka akan sentiasa sedar, samada anda bersamanya atau tidak, ALLAH akan sentiasa mendampingi mereka. Mereka tidak akan melakukan perkara yang tidak elok dibelakang anda, mereka tidak akan merana kerana kehilangan anda, mereka akan sentiasa menghormati anda, mereka akan sentiasa mengarahkan kiblat kepada tuhan yang maha esa.

Begitulah sebaliknya jika anda seorang wanita. Ajar dan didiklah suami atau teman lelaki anda supaya menanamkan cinta dan kasih sayang terlebih dahulu kepada ALLAH dan RASULNYA sebelum mencintai anda.Janganlah terpedaya dengan lelaki yang hanya pandai mengungkapkan kata cinta dan sayang tetapi hakikatnya hanyalah ingin memuaskan nafsu syahwatnya semata-mata. Janganlah menunjukkan rasa kasih sayang anda dengan mengorbankan DARA sebagai bukti CINTA! Kerana ia hanya akan berakhir dengan kehancuran.Jika anda ketemui lelaki sedemikian, tinggalkan mereka, mereka hanya akan menghancur hidup anda. Ketahuilah…jika mereka mengungkapkan kata sayang, SAYA LEBIH MENYAYANGI ANDA DARIPADA MEREKA! KEMBALILAH KEPADA ALLAH!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mengumpat.....

“La…mana ada aku mengumpat! Aku cakap ni betul! Memang dia camtu..teruk!”

Salam ya awk..memang la awk cakap benda yang betul! Sapa kata salah, tapi..awk kena faham mengumpat tu adalah perkara betul tentang keburukan atau kekurangan seseorang yang diceritakan kepada orang lain. Bukan benda yang tak betul..kalau benda yang tak betul, lepas tu awak pegi citer kat orang, tu bukan mengumpat, tu FITNAH!

Awk nak tahu camne hukumnya mengumpat ni? Ni hah..baca petikan artikel ni:

Dosa Mengumpat

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.

Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabdanya bermaksud

“Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya” (Hadis Riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia boleh disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

“Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat” (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W.

“wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri” (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :

“Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering”.

Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah

“Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya”.

Maka Allah menjawab :

“Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui”.Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts with Thumbnails