Macam mana wanita menutup aurat anda????
Salam AidilAdha
Salam Aidil Adha kepada kawan-kawan semua semoga Hari Raya pada kali ini disambut dgn penuh keinsafan dan sama-samalah kita memperingati peristiwa disebalik hari raya ni....
Selamat Hari Raya Aidil Adha dr kami sekeluarga.
Maaf Zahir Batin....
Check Up Baby.....

24/11/2009 lepas aku telah berkunjung ke klinik lagi. macam biasa la buat check up baby.. Alhamdulillah semuanya ok xde masalah...kebetulan hari tu xramai ibu2 mengandung ke klinik jd xlama sgt la..biasa dkt 2 jam baru siap tp hr tu xsampai sejam..
tapu kunjungan ke klinik hr tu ramai sgt nurse pelatih jd nmpak sgt la budak2 baru semua benda buat detail. Mula2 nurse pelatih yg buat check up baby..bukan main lama dia check pastu dia kata baby dok songsang...cuak gak bila dgr. So aku kata baru jer mggu lepas nurse check baby ok jer, last2 dia mintak nurse yg senior dtg check...nurse kata baby ok jer cuma kedudukan kepala baby kt bawah jd xrasa.. lega rasanya..maklumlah klu sonhsang xpasal2 kena bedah... hehehehe
yg lain2 semua xde mslh..berat pun naik 0.5 kg jer sb aku dh jaga diet xmkn mlm...minum air jer.. result test MOGTT pun dh kuar, semua normal. Cuma hr tu aku kena inject utk 7 bulan...sakitnyer smpi hari ni bengkak lagi bekas inject..huhuhu... tp yg sedihnyer kena wat sekali lagi test MOGTT, nurse kata ikut prosedur kena wat 2 kali..nmpknyer kena ambik darah lagi la pasni.... nasib badan la....
harap2 semuanya xde mslh lepas ni..kalian semua doakanlah semoga semuanya selamat yer.. amin..
10 Surah Yang Mujarab Pesan Nabi Muhammad S.A.W

1. SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.
2. SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.
3. SURAH AT-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
4. SURAH AL-WAQI'AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.
5. SURAH AL-KHAUTHAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.
6. SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
7. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..
8. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."
9. SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.
10. SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.
Keutamaan Dan Amalan Bulan Zulhijjah

Salah satu cara yang telah dianjurkan oleh agama kita ialah dengan berpuasa sunat pada tanggal 1 hingga 9 Zulhijjah. Kelebihan berpuasa pada hari itu berbeza-beza pula, menurut sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a., Rasulullah bersabda maksudnya
- 1 ZULHIJJAH, kesalahan Nabi Adam diampuni Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diampuni Allah akan dosanya.
- 2 ZULHIJJAH, doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah, barang siapaberpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun dan tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun.
- 3 ZULHIJJAH, doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala doanya.
- 4 ZULHIJJAH, Nabi Isa a.s. telah dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan dan pada hari kiamat kelak ia akan tergolong bersama dengan orang-orang terhormat
- 5 ZULHIJJAH, Nabi Musa a.s. dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.
- 6 ZULHIJJAH, Allah membukakan pintu kebajikan kepada Nabi-NabiNya, barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta terlepas daripada azab.
- 7 ZULHIJJAH, pintu neraka jahannam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijjah. Barang siapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan.
- 8 ZULHIJJAH, Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan. Hari itu telah dinamakan dengan dari "Tarwiya" (hari berfikir-fikir). Barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui.
- 9 ZULHIJJAH, turun ayat terakhir kepada Rasulullah s.a.w. yang tersebut dalam surah al-Ma'idah, ayat 3. Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan iaitu pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijjah tahun 9 H ketika Nabi wukuf di Arafah, baginda pun wafat. Pada hari itu juga Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu sememangnya adalah perintah dariNya bukan dari syaitan. Justeru pada hari itu dinamakan hari "Arafah" (hari tahu). Barang siapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.
- 10 ZULHIJJAH, adalah Hari Raya Aidul Adha (korban) dinamakan juga hari "Nahar" (menyembelih). Barang siapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu akan diampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli keluarganya. Barang siapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat daripada Bukit Uhud yang terdapat di Madinah.
Ganjaran Bagi Mereka Yang Memuliakan Zulhijjah Kata sebahagian Ulama, "Barang siapa yang memuliakan hari-hari yang berlalu dalam bulan Zulhijjah, nescaya ia akan anugerahi oleh Allah dengan 10 macam kemuliaan iaitu
1. Berkat pada umurnya
2. Bertambah hartanya
3. Kehidupan rumahtangganya akan terjamin
4. Membersihkan diri daripada dosa dan kesalahan yang telah lalu
5. Amal ibadat serta kebaikannya akan berganda
6. Allah akan memudahkan pada saat kematiannya
7. Allah akan menerangi kuburnya selama berada di alam barzakh
8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya semasa di Mahsyar
9. Selamat daripada kejatuhan kedudukannya di dunia
10. Martabatnya akan dinaikkan pada sisi Allah.
- 1 hingga 9 hb - Sunat berpuasa
- 8 hb - Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat
- 9 hb (Hari Wukuf di Arafah) - Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat.
Disunatkan berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji, Membaca surah Al-Ikhlas 1000 kali
1. Solat pada awal waktu.. jadilah ianya amalan harian hendaknya..
2. Solat sunat qabliyah asar
3. Selepas solat asar - Baca Surah Yasin 3 kali
4. Membaca Laillahaillalah wahdahula... .huallakulishaiinkodir sebanyak 400 kali (bermula dari asar - isyak boleh sambung2) Fadhilatnya bagaikan memerdekakan 100 hamba.
5. Solat sunat qabliyah & ba'diyah maghrib
6. Selepas solat maghrib - solat sunat awwabin 6 ra'kaat (3 salam) Fadhilat penghapusan dosa bagi 50 tahun - hadith... jadikanlah ianya amalan bulanan/mingguan hendaknya...
7. Solat sunat tasbih
8. Solat sunat hajat
9. Berdoa dengan doa Nabi Adam iaitu robbana zolamna... sebanyak 50 kali
- 10 hb - Hari Raya Haji/Korban - Sembahyang sunat Hari Raya Aidil Adha - Membaca takbir, Melakukan korban
- 11, 12 dan 13 hb (hari-hari Tasyrik) - hidupkan malamnya dengan banyak beribadah, takbir selepas sembahyang waktu
- 29hb atau 30hb - Selepas solat 'Asar membaca doa akhir tahun. Selepas solat Maghrib membaca doa tahun baru.
Renungkan lah....

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda2 telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".
Damia VS Chiko Junior
Inilah teman sepermainan Damia kt umah sekarang, Chiko Junior... memang dh jadi teman rapat... mana jer Damia ada mesti Chiko pun ada... Chiko pun macam dh sebati dgn Damia..ape jer Damia buat kt dia, dia wat tak tau jer... kadang2 Damia layan Chiko macam Chiko tu manusia... seolah2 Chiko tu baby... ape yg ummi tunjuk & ajar kt Damia nt Damia akan buat perkara yg sama kt Chiko... memang Damia ni dr kecik lagi dh ada sifat keibuan kot... siap pakaikan bedak lagi kt Chiko, selalu dodoikan suh tdo... mcm2 gelagat Damia ni..terhibur gak dgn keletah dia yg tak dapat diduga... ada jer benda baru yg dia akan buat...
Puding Roti
bahan-bahan:
4 keping roti
2 biji telur
2 sudu marjerin /butter (cairkan)
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 peket agar-agar (8 gram)
3 1/2 cawan air (ikut sukatan bpe byk guna agar2 la)
2 sudu gula (ikut citarasa)
1 sudu serbuk koko
cara buat:
- Didihkan agar-agar dengan 3 cawan air dan gula
- sementara tu blend telur, roti, susu pekat, susu cair, 1/2 cawan lebihan air td
- cairkan butter
- bila agar2 dh mendidih masukkan bahan blend dan butter yg telah dicairkan...
- kacau sekejap dan tutup api
- asingkan 2 bahagian.. campurkan serbuk koko satu bahagian lagi kacau rata (kena buat cepat sb puding ni cepat keras)
- lepas tu pandai2 la nk memarblekan dlm acuan
- bekikan dlm peti... sedap dimakan masa sejuk...
erm..cublah yer..pasti sedap..hubby pun kata sedap...

Test MOGTT

Eee..sejuknya. Almaklumlah sekarang ni kat Terengganu dah mula musim Tengkujuh. Hari-hari hujan.. air toilet jgn cakapla.. bila malam atau pagi macam air peti sejuk. Tu yang kekadang mandi sekali jer sehari.... hehehe.. alasan.. alasan... Baju dekat jemuran pun dah berhari-hari, tapi tak kering-kering jugak. Nasib baik tak berbau.
Semalam aku pi buat test MOGTT kt klinik, maklumlah berat naik mendadak dlm masa 2 bulan naik smpi 7kg... dari mana datangnyer berat ni erk???? mengikut kata nurse aku kena minum air gula dan kena puasa dari kul 10.00pm hingga 10.00 am.. ujian tu dilakukan dr kul 8.00-10.00am... cuak gak rasanyer maklumlah masa pregnant anak sulung dulu x pernah buat test ni.. org kata kena ambik darah n minum air gula yg tersgt la manis....
Aku pi klinik tepat kul 8.00am, yelah dh xpenah wat test ni jd ikut masa la .... hehehehe...hubby & Damia cuma hantarkan jer..nk tunggu lama sgt...kesian lak tgk Damia..dh siap nt baru aku call hubby suh ambik.. sampai jer di klinik nurse suh masuk bilik ambik darah... gerun gak dh la aku ni jenis takut sikit bab2 ambik darah ni tapi nk tak nak kena gak ikut prosedur yg telah ditetapkan oleh pihak klinik... mula2 kena wat urine test dulu pastu ambik darah.... pastu kena minum air gula 1 gelas ... ya Allah rasa nk termuntah aku nk abiskan segelas air gula yg manis sgt... lepas minum air gula nurse suh rehat2 dulu dlm kul 10.00am nt kena wat urine test & ambik darah lagi... nk tgk effect air gula dlm darah cmner.... Alhamdulillah dpt jugak aku hadapi semua ni.. Resultnyer dalam 2 mggu lagi. harap2 xde ape2 la...Dugaan ngandung kali ni kot. Baby alhamdulilla sihat. Kalian doakanlah, semoga semuanya dalam keadaan selamat sehingga saat kelahiran. Aminn...
DOA UNTUK WANITA YANG AKAN MELAHIRKAN ANAK
Kami ambil riwayat dalam kitab Ibnus Sunny dari Fatimah r.a bahawa Rasulullah s.a.w pada masaFatimah hampir melahirkan anak, baginda meyuruh Ummu Salamah dan Zainab bt Jahsy (isteri nabi) untuk datang dan keduanya membaca disisi Fatimah ayat berikut:
1. Ayat Kursi
2. Surah Al-A’raf ayat 54
3. Surah Al-Falaq
4. Surah Al-Naas
Sesungguhnya kita hanya mampu berusaha dan berdoa semoga Allah mempermudahkan segala urusan dalam kehidupan kita.
Damia VS Citer Cartoons
Dah lama dh xciter pasal gelagat Damia, xsempat nk singgah kt umah maya ni mcm ada jer halangan...
sebelum ni dia suka tgk Wonderpets, Spongebob Squarepant,Go Diego Go, Dora The Explorace.. siap boleh hafal lagi semua lagu tmbh2 lagi lagu wonderpets.. selalu sgt dia nyanyi time dia rs bosan... Sekarang ni Damia dh jadi peminat setia pada DVD Cartoons... disebabkan Damia suka sgt tgk cartoon jadi abie pun download byk citer cartoon dan burnkan dlm DVD jadi time dia bosan bukak jer citer cartoon tu, nescaya memg Damia akan leka.. kalau trgur pun dia buat tak tau jer... kdg2 bila citer abis pun dia suh ulang lagi... boleh smpi 3x khatam br dia puashati... mcm2 citer dh dia tgk ... dh jadi koleksi pulak... antara koleksi cartoons yang Damia suka tgk:
i. Monsters
ii. Upin & Ipin
iii. Tortoise VS Hare
iv. Toy Story
v. Toy Story 2
vi. Flushed Away
vii. Shrek 1,2,3
viii. Ants
ix. Finding Nemo
x. Teh Flight Before Chritsmas
xi. Carros Dublado 2006
xii. Bolt
xiii. Device
xiv. Open Season 1,2
xv. Robots
xvi. A bugs life
xvii. The blue elephant
xviii. Happy feet
xix. Lion king 1,2
xx. Kungfu panda
xxi. Ratatouille
xxii. Geng
xxiii. Ice age 1,2,3
xxiv. Up








