RSS

Ciri-ciri wanita solehah


Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Lupa mengingat Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:

” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”

Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.

Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:

” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”

3) Mudah terpedaya dengan syahwat.

4) Lemah iman.

5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.

Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.

** semoga kita tergolong dalam golongan wanita solehah..InsyaAllah..amin...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Baby Crying Contest

Assalamualaikum wbt...

Rasanya dh lama x join contest..nk kata merajuk sb xpenah menang ada la gak sikit2..tp memandangkan skrg ni masa x mengizinkan jd xsempat nk layan contest.. tp bila dh lama xjoin contest ni, rs teringin la pulak.. jom la sama2 memeriahkan lagi contest ni...

Anjuran : Kak Pah

Due date: 28/02/2010

Hadiah:

Hadiah utama
RM 50.00

5 hadiah saguhati
top up RM10.00 setiap satu

***************************************************************


Syarat peraduan:

1. Jadi follower Auladjannah -done
2. Copy gambar di atas, letakkan di sidebar dan terus dilinkkan ke N3 ini. -done
3. Letakkan link kakpah di blog anda. -done
4. Letak gambar anak anda, anak saudara anda, cucu anda, cucu saudara anda, kalau ada cicit pun boleh juga. Anak mestilah berumur 1 hari hingga 1 setengah tahun semasa gambar itu diambil.
DAN GAMBAR ANAK ITU MESTILAH GAMBAR SEDANG MENANGIS
(berita baik: Sekiranya anak anda sekarang berumur 3 tahun ke bawah, dan gambar menangis itu diambil semasa umurnya 1-1 1/2 tahun, anda boleh menyertai kontes ini. Syaratnya, letak gambarnya yang terkini sebagai gambar tambahan) -done
5. Letak nama dan umur anak semasa gambar itu diambil. Letak umur sekarang. Buat satu entry ringkas mengenai anak itu. Kalau nak buat panjang pun, terpulanglah. Tidak ada markah tambahan. -done
6. Tinggalkan jejak dan link anda di ruang komen. -done
7. Pemenang akan dipilih berdasarkan kecutetan(oopps) anak dan kekreatifan gambar itu diambil.

=============================================

ni gambar yg ummi pertaruhkan dlm contest ni... cedihnyer anak ummi ni.. Alkisah disebalik gambar sedih puteri Damia ni sb dia nk main camera yg ummi pegang ni.. bila dh xkasi dia main, mula la sedih sampai nangis-nangis... tapi sekejap jer... maaf ye sayang, ummi cuma nk snap gambar jer.. lepas tu bukan main seronok lagi dia dapat ape yg dia nk....


Nama Si Comel : Nurin Damia Insyirah bt Zammeri
Pertalian: Anak
Tarikh Lahir: 25 Julai 2007
Umur Masa gambar diambil : setahun 3 bulan
Usia Si Comel Sekarang : 2 Tahun 7 Bulan

inilah gambar terkini anakanda Nurin Damia Insyirah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salam MaulidurRasul- 12 RabiulAwal 1431H


Pengertian

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.

Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

  1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
  2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
  7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
  9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cute Little Fingers





Betapa indahnyer ciptaan Allah SubhanahuWataala...... dengan kelahiran ummat Rasulullah yg cukup sempurna kejadiannya......

Inilah cute little fingers baby Harriz...comel kan...kecik jer... patut la org cakap menjaga anak dari tapak kaki sebesar dua jari lagi... memang betul ungkapan tu kan... untuk mendidik anak dari kecil hingga dewasa memang kena mengharungi pelbagai rintangan.... inilah pengorbanan ibu bapa kita untuk membesarkan kita... bila kita dh mempunyai anak sendiri barulah kita sedar betapa besarnya pengorbanan ibu bapa kita sebenarnyer....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Majlis Cukur Jambul Baby Harriz

Assalamualaikum.....

N3 ni nk citer sedikit pasal majlis cukur jambul baby Harriz... memang perancangan last minit..kebetulan semua adik beradik Mr hubby balik sempena cuti raya cina + cuti semester pertama ni, kitaorg bersepakat untuk mengadakan majlis cukur jambul. Walaupun hari ni usia baby harriz baru 12 hari tp nmpk macam dh umur sebulan..jap jer baby Harriz membesar.

Majlis ni diadakan secara sederhana jer pada 20 Februari 2010 jam 2.00 pm ( lepas zohor)... kami menjemput dalam 20 org untuk berzanji dan selawat nabi dan selebihnyer menjemput jiran-jiran terdekat serta saudara mara untuk memeriahkan lagi majlis disamping membuat majlis kesyukuran sempena kelahiran putera kami. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar wp cuaca agak mendung dan hujan renyai-renyai.... sampai ptg pun masih ada yg dtg ke rumah....

Selepas majlis, Mr Hubby bertungkus lumus gunting rambut baby Harriz... lepas siap nmpk makin tembam dan hensem lak anak ummi ni.... jom tgk perbezaan wajah baby Harriz sebelum dan selepas dicukur jambul....








(pic baby Harriz sebelum dan selepas rambutnyer dipotong)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Muhammad Danish Amzar Harriz b. Zammeri

Kronologi Kelahiran Muhammad Danish Amzar Harriz






Jangkaan Lahir: 8 Februari 2010
Kelahiran: 8 Februari 2010 bersamaan 23 Safar 1431H
Usia Kandungan: 40 minggu
Tempat Lahir: Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu
Masa/Hari: 7.37 pagi / Isnin
Jantina Bayi: Lelaki
Berat: 3.2kg
Lilit Kepala: 32cm
Panjang: 50cm

Nama: Muhammad Danish Amzar Harriz
Makna Nama:
Muhammad= Yang Terpuji
Danish = Yang bijak, berpengetahuan
Amzar = Yang mulia, utama
Harriz = Yang Warak

(pictures Baby Harriz dari 1-5 hari)

Rentetan kelahiran Baby Harriz ni cuma mengambil masa yg singkat jer.. tanda-tanda awal untuk kelahiran pada 36 mggu hingga mencapai 40 minggu kehamilan tidak dirasakan sangat cuma tanda2 kecil jer....

Alhamdulillah, aku selamat melahirkan baby yg sihat dan sempurna tepat jam 7.37am pada tarikh EDD. memang baby ondue la ni... aku mula merasakan kontraksi pertama pada kul 12.30am selang 15-20 minit... cuma sakit sekejap2 jer... tp memandangkan ni pengalaman untuk melahirkan anak ke 2, ku dapat rasakan baby maybe kuar awal ( mengikut kata org kelahiran anak ni lagi senang dari sulung).. jadi aku dengan hubby mengambil kata sepakat untuk ke hospital. tepat jam 3am aku bertolak ke Hospital Sultanah Nur Zahirah... dalam kul 3.30am sampai sana aku terus wat pendaftaran..nasib baik Laboor Room untuk 1st Class ada kosong lagi... lepas wat pnedaftarn, bukaan dh 6cm so aku terus dibawa ke Laboor Room... kontraksi masih sama selang 15-20 minit & sekejap2 jer datang.... dalam kul 6.30am barulah kontraksi lebih kerap selang 5 minit sekali.... Alhamdulillah, xsampai sejam jer sakit aku selamat melahirkan baby Harriz tepat jam7.37am..syukur Pada Alah SWT dengan KurniaanNya....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Happy Faces at Playground Contest

==============================================

Happy Faces at Playground Contest!!


Anjuran : mama Syafi
Tarikh tutup : 19/02/2010


Hadiah ditaja oleh:


Terima kasih kepada sponsor. Sila melawat Little World Gallery untuk melihat koleksi baju kanak-kanak yg branded dgn harga yg berpatutan. Berbaloi-baloi hehe.. (promote sikit)


Syarat-syarat penyertaan:

  1. Mesti menjadi follower kepada Mama Syafi & Little World Gallery. -done-
  2. Letakkan link Mama Syafi & Little World Gallery di dalam bloglist anda. -done-
  3. Letakkan banner “Happy Faces at Playground Contest” Mama Syafi & Little World Gallery beserta link di side bar blog anda. -done-
  4. Pastu, letakkan gambar kanak-kanak di playground. Pastikan hanya satu gambar sahaja yg dimasukkan. -done-
  5. Mention nama kanak-kanak, pertalian dgn kanak-kanak, umur dan tarikh lahir di bawah gambar. -done-
  6. Sila tinggalkan link contest anda di bahagian comment. Link yg ditinggalkan di shoutbox tidak akan dilayan ok. -done-
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Assalamualaikum WBT

Seperti biasa kalau ada peluang ummi akan join contest. Kali ni rasa tertarik lak dgn contest Anjuran Mama Syafi ni lagipun playground ni memang tempat favourite kana-kanak so mcm2 ragam kita leh snap...

Bagi sesiapa yg nk join contest ni boleh la klik di SINI untuk mengetahui syarat-syarat yg telah ditetapkan.. InsyaAllah nt bila ramai join lagi meriah...so jom la sama2 kita memeriahkan lagi contest ni...

Gambar pilihan ummi seperti di bawah...


Nama Si Comel : Nurin Damia Insyirah bt Zammeri
Pertalian: Anak
Tarikh Lahir: 25 Julai 2007
Usia Si Comel Sekarang : 2 Tahun 5 Bulan

p/s : Sila klik pada picture untuk copy image & paparan yg lebih jelas


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Akhirnyer... Dapat baby boy...

Alhamdulillah... pada 8 Februari 2010 aku telah selamat melahirkan baby boy di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu jam 7.37am... memang baby ni nk lahir pada tarikh EDD...memang jarang berlaku kan... syukur sangat2 pada Allah semuanya selamat..baby pun ok..mak baby pun ok..

nk citer gak pengalaman bersalin kali ni tapi tggu la n3 akan datang bila ada masa yg sesuai... skrg ni bz layan karenah kakak yg br nk sesuaikan diri bila dapat adik... mcm2 ragam..jeles pun ada..huhuhu...

jumpe nt di n3 akan dtg...

tunggu.........................

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kandungan ku dh menghampiri DUE DATE


Assalamualaikum wbt...

Dalam sehari ke seminggu, masa seakan berlalu dengan begitu pantas... sedar tak sedar kandungan ku dh menghampiri DUE DATE ( 8 Februari 2010) ini bermakna dh hampir mencapai 40 weeks. Jap jer kan masa meninggalkan kita...

Aku masih menanti dengan penuh sabar masa yg anakanda dlm kandungan ku pilih utk melihat dunia baru ni... maybe dia belum bersedia utk membuka mata melihat dunia baru ni.. jd aku nk beri dia masa sepuas-puasnya berada dalam rahim ku.... ( berehatlah ye sayang... ummi bg masa sampai anakanda betul2 bersedia utk kuar dr rahim ummi ni)

Semalam aku pegi klinik, ntah la selsema ku makin menjadi2 lak ditambah dgn batuk2... nk tdo pun xselesa... dh mkn ubat tp mcm xberkesan jer, maybe badan dh imun dgn ubat tu agaknyer.. rs mcm malas nk g bandar so aku decided pegi klinik Norhazlina, dekat Bukit Payong xjauh dr umah... Alhamdulillah, masa smpi sana dlm kul 9 mlm tak ramai org.. jd xde la kena menunggu lama... dlm 15 minit tggu sampai turn aku masuk... ni br first time aku jumpe DR Norhazlina..memg peramah orgnyer.... dia wat check up pun detail.. DR cakap memg batuk aku masih dlm peringkat awal & tekak pun dh ada merah2...so doktor suh aku byk berehat & rajin makan ubat suh cpt2 sembuh takut karang nk bersalin xde tenaga lak....

Alang2 aku dh jumpe DR ni so aku refer kt DR cmner dgn perkembangan kandungan ku... so DR Norhazlina prefer aku scan & tgk keadaan baby... Alhamdulillah, perkembangan baby ok dan berada dalam kedudukan yg baik...cuma tggu masa nk deliver jer... memg nmpk sangat kedudukan baby yg penuh dlm rahimku..patut la baby rs anakanda kurg bergerak mcm biasa..klu rs pun part2 badan yg tertentu jer..rupanya dh xde ruang sgt dh utk anakanda bebas bergerak mcm biasa... mengikut DR Norhazlina, maybe berat baby dlm anggaran 3.5kg ( terkejut gak mula2 dengar sb Damia dulu 2.9kg jer, tp xpelah janji baby sihat)

oklah, nt kita sambung lagi dln N3 yg akan dtg... harap kawan2 semua doakan semoga aku leh sakit bersalin normal mcm biasa...mintak jauh la bersalin kena induce..org ckp sakit bersalin yg normal lebih baik dr sakit bersalin paksa... huhuhu..InsyaAllah, moga Allah permudahkan proses bersalin nanti..

AMIN.................................




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Anakanda Damia + Kek...erm..yummy

Cmni la gelagat Damia klu jumpe kek..memang Damia suka makan kek... klu nmpk kek confirm dia akan serang dulu..jd klu ada ape2 nk sambut..anniversary ke? besday ke..memg Damia sedia menunggu sebagai perasmi utk potong kek & makan sekali... hehehehe

Tengok Damia makan... comot kn... xkisah la janji dia suka..jap jer abis sepotong..klu dia nk nt dia ckp " nk agi". sambil makan pun siap cakap " erm..... cedap... delicious..." ( terikut2 suka sgt tgk Go Diego Go dgn Dora The Explorace)

so mari kita tgk cara puteri ummi ni santap...










1. Jom makan dengan Damia
2. erm.... cedap
3.comotnyer anak ummi makan
4. eh..jgn ambik kek Damia
5. ahhh...dh
kenyang..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bingkisan Doa



SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,

TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,

TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,

NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,

KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI

ORANG YANG KITA CINTAI,

TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,

KITA AKAN TURUT MENCINTAI

ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.

YA ALLAH,

ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN

OLEH-MU KEPADAKU,

MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH

KERANA-MU,

DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,

CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.

NAMUN,

ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,

BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN,

YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.

YA ALLAH,

JIKA AKU JATUH CINTA,

CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU.

YA MUHAIMIN,

JIKA AKU JATUH CINTA,

JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.

YA RABBANA,

JIKA AKU JATUH HATI,

JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU.

YA RABBUL IZZATI,

JIKA AKU RINDU,

RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU.

YA ALLAH,

JIKA AKU RINDU,

JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU.

YA ALLAH,

JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,

JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU

YA ALLAH,

JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,

JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU.

YA ALLAH,

JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU,

JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

McDonald Drive-Thru Kuala Terengganu


Assalamualaikum.....

N3 ni sajer nk citer pasal kitaorg pegi makan-makan kt McD Drive-Thru Kuala Terengganu yg br jer dirasmikan.... Mr hubby yg ajak katanya dh lama x mkn kt McD so ape lagi kitaorg pn bersiap untuk g sana ( x sedar diri wp tgh sarat pregnant..hehehehe)

Alhamdulillah ms sampai sana xde la ramai sgt org mkn jadi xde la kena beratur lama nk order... so kita org cuma makan set Big Mac & Prosperty Burger jer.. sekadar utk suka2 sambil bawa Damia jalan2..rasanyer sejak aku pregnant masuk 36 weeks ni dh lama xkuar... maklumlah klu ikutkan dh sampai masa bersalin dr 36-40 weeks ni kan..tp dh xde tanda2 lagi so kira leh lagi la nk kuar..hehehe

Lepas kitaorg dh kekenyangan, aku & Mr Hubby bagi peluang kt si cilik tu main puas2 kt PlayGround McD tu..nasib xramai org jd leh biar dia main puas.... so layan jer karenah si cilik ni...

1.Damia memang suka mkn kentang
2.sukernyer Damia dpt main kt PlayGround

3. sundae ni ummi punyer

4.Damia membaca abjad
5. candid....
6.ooooo...jatuh..kata Damia
7.Gaya gelongsor terbalik

8. Damia suka sgt nk gelongsor songsang...kelakuan pelik isk3
9. sajer buat xtau bila nk snap
10. Menu Damia




teruja sgt dpt main smpi kelu x terkata

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

"Me - Mykid Look-Alike Contest"







ANJURAN : BLOG mama_iris

TARIKH TUTUP : 5 Februari 2010
HADIAH: MISTERI!!!!!


Assalamualaikum....

Kali ni ummi nk cuba join contest
"Me - Mykid Look-Alike Contest" lak.. ramai org ckp muka Damia seiras abie..hehehehe.. so ummi nk cuba pertaruhkan dlm contest ni mana la tau rezeki puteri ummi ni, ummi pun leh tumpang gembira :)

Bagi sesiapa yg nk join contest ni boleh la klik di SINI untuk mengetahui syarat-syarat yg telah ditetapkan.. InsyaAllah nt bila ramai join lagi meriah...so jom la sama2 kita memeriahkan lagi contest ni...

Gambar pilihan ummi seperti di bawah...





Nama Si Comel : Nurin Damia Insyirah bt Zammeri
Nama abie: Zammeri Abd Rahman


p/s : Sila klik pada picture untuk copy image & paparan yg lebih jelas

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Alahai Anakanda Puteri..

(penat sgt main sampi tertdo sendiri)


Dah lama rasanyer x citer pasal perkembangan anakanda puteri ni... sekarang ni bukan main lasak lagi mengalahkan boy lak.. dh pandai merajuk, suka mengarah like big boss dan yg paling penting bila lapar dia dh pandai mintak nk makan ape, nk susu... jd senang la sikit kita tau ape dia nk....

Syukur Alhamdulillah, perkembangan damia dari sehari ke hari amat baik..sekarang pun dh boleh mengira dr 1-10 in English serta dapat kenal setiap nombor... kot BM memang dh lama leh kira... ABC pun dh leh hafal cuma xleh nk beza lagi setiap abjad tu...nt coming soon kot... InsyaAllah...

Semoga Anakanda Puteri cepat membesar dgn success dan berjaya dalam hidup nt... Ummi doakan anakanda setiap masa....InsyaAllah...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

My 2nd baby dh masuk 39++ weeks


( pic kedudukan baby masa 39 weeks dlm rahim)

assalamualaikum wbt....

Alhamdulillah sekarang kandungan ku dh masuk 39 mggu 1 hari bermakna tinggal 6 hari lagi due utk bersalin... ap jer masa berlalu... diharapkan proses untuk bersalin nanti dipermudahkan oleh Allah SWT... InsyaAllah...

Semalam aku baru jer berkunjng ke klinik utk check up mingguan...Alhamdulillah, kedudukan baby & jantung baby semua ok...cuma tggu masa baby ni bersedia untuk melihat alam nyata ni jela... segala persiapan baby pun dh setle...

semoga dipermudahkan segalanya...teman2 semua.. doakan semuanya selamat yer...amin....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puding Santan



Assalamualaikum....

rasa mcm dh lama x update blog ni... bukan xde ms tp ntah la..

so sementara ada ms singgah kt umah maya ni leh la kita kongsi resepi puding santan versi ummi damia ni... rasanyer semua org tau cara nk wat menu simple ni.. jom kita tgk ape yg dicampak dlm menu ni....

Bahan:
- 1 peket agar-agar
-santan
-telur
-air (ikut sukatan agar2)
-susu pekat
-daun pandan (utk wangi jer)
-pewarna (ikut suka)

cara buat:
- masak agar2 dgn air sampai mendidih +daun pandan
-masukkan susu
-masukkan pewarna
-pukul telur dgn santan then masukkan dlm agar2 td sedikit demi sedikit & kacau jgn sampai berketul...
-sejukkan

siap puding ni..letak dlm peti...mkn sejuk2 best la...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts with Thumbnails