RSS

Dah Jadi Barangan Antik...



Pelbagai perkara yg mengimbas 1001 kenangan dan memori suka dan duka... dan kini menjadi koleksi simpananku yg amat berharga... agak2 ape koleksi yg aku maksudkan erk... cuba teka?


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Koleksi yg aku maksudkan adalah telefon bimbit... sepanjang aku mula guna handphone sampailah sekarang, aku rs dh 7 biji handpone aku guna.... semuanyer brand Nokia..memang peminat Nokia la... maklumlah Nokia ni function & cara penggunaannyer senang sajer.... cuma yg terbaru ni jer CSL... tp function dia pun lebih kurg dgn Nokia gak... cuma lebih canggih sedikit la...

Tapi maklum saje lah sejak kawin & ada anak ni, handphone ni selalu jer dok merata... kadang2 jadi mainan anak lak... yg terbaru yg CSL tu baru jer masuk ICU kena claim warranty sb rosak..ni gara2 anakanda Damia la wat HP ummi mcm bola... gara2 baran la tu x kena dgn mood dia..huhuhu..sedih pulak..tp Alhamdulillah dpt dibaiki sb ada warranty lagi..klu tak bertambah lagi la koleksi HP ummi..ekekeke.

Antara HP yg tergolong dlm koleksi HP ummi:

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mainan utk Anakanda Damia lagi.....

Pada awal bulan April klu tak silap 4 April 2010, Mr Hubby telah pergi ke Perlis Indera Kayangan disebabkan tugas bersama sahabatnye Dr Saiful... kebetulan pada masa tu ummi & anak2 berada di Kelantan ( berpantang kt kg). Jadi Mr Hubby singgah jap kt Tanah Merah dalam perjalanan nk ke sana tu... maklumlah nk lepaskan rindu pada family, dh lama xjumpe kan.....

Sesudah abis tugas kt Perlis, Mr Hubby & kawannyer round2 la kt negeri Perlis tu... maklumlah negeri kecik...sehari pun dh cukup utk round 1 negeri...hhehehe... sblm bertolak balik sempat lagi dia singgah kt The Store semata2 nk beli barang dr Perlis utk anak2.... so sempatlah Mr Hubby beli 2 pasang baju utk Anakanda Harriz, 2 pasang baju utk Anakanda Damia, juga sehelai baju untuk ummi dan juga Mr Hubby sendiri...katanyer kenang-kenangan dr Perlis... yg paling istimewa dpt beli mainan ikan kt Damia, sekali dgn jorannyer sekali... bukan main seronok Damia dpt mainan baru....

Biasa lah klu ke Perlis, tidak lupa beli mempelam HarumManis tu... bukanyer selalu dpt g sana kan.. leh la merasa Harummanis...hahaha.... best3....InsyaAllah klu ada rezeki pasni leh la merasa mempelam HarumManis selalu.... InsyaAllah....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mudahnya Mengeluh, Sukarnya Bersyukur




Begitu mudah sekali melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir tanpa disedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun hairan, Kita mengeluh tatkala kita ditimbuni dengan pelbagai kesenangan.

Kita mengeluh kerana makanan kegemaran tidak disediakan, sedangkan perut semakin memboyot kekenyangan. Kita mengeluh kerana kepanasan, sedangkan angin semula jadi disediakan tanpa bayaran. Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan.

Allah s.w.t berfirman "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya" (An-Nahl: 18). Di saat kita tenggelam dalam keluhan diri sendiri, pancaindera kita tidak lagi mampu memainkan peranannya untuk melihat, mendengar, merasai dan menghayati pemberian Allah yang tiada henti-hentinya. Lantaran itu, begitu sukar sekali untuk menyebutkan kalimat Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran seorang hamba kepada khaliqnya. Itulah hakikitnya. Memang manusia sentiasa leka dan lupa. Manusia mempunyai keinginan yang tiada batasan. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki..Kecuali orang-orang yang bersyukur.

Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: "Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit" Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: "Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?" Pemuda berkenaan menjawab: "Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A'raaf ayat 10 yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur" Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah" jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu"

SubhanaLlah. Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini, Amin...

Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Ibrahim: 7)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Damia & mainan baru....

n3 ni nk kongsi sikit pasal mainan baru puteri ummi ni... mainan ni merupakan pemberian bapa saudara nyer a.k.a Ayah Ngah... bukan main seronok lagi Damia dapat permainan baru yg bunyi2 ni... memg hajat di hati nk beli utk Damia, tp kebetulan lak Ayah Ngah dia belikan... memang xlekang dr tangan Damia 3-4 hari lepas beli... tp paham2 la Damia..dia main bukannyer leh kekal lama mainan tu..tambah3 yg ada bunyi mcm ni... lepas 4 hr xtau nape ntah mainan ni xkuar bunyi langsung dh... bila Mr Hubby bukak nk repair tgk kt dalam mcm elok lak.... memang payah la, sian lak tgk Damia nk main.. asyik cakap mainan tu "lekat" xleh nk tekan..suh ummi tekan..huhuhuhu... xpelah..nt ada masa kita g beli yg baru erk... sabar ye anakanda Damia..tunggu masanyer nt...hehehehe....


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Danish Amzar Harriz yg montel

Makin hari makin montel putera ummi sorg ni... Syukur Alhamdulillah, atas kurniaan Allah dgn anak-anak yg tidak banyak ragam... cuma setakat nangis sb lapar tu biasa la...tp klu nk dengar suara adik nangis memang payah.. biasa pagi kul 8.00am br bgn, jd pg tu sempat la ummi setlekn keje2 umah... dlm kul 9.00am br mandikan adik ni... lepas siap mandi & pakai cantik nt adik dh mula ngantuk n tdo lena...biasa kul 10.00 adik dh tdo... ms adik tdo ni la ummi sambung setlekn mana yg patut, nk mandikan kakak lak..setlekn sarapan kakak... biasa adik tdo & terjaga selang 2 jam, so dh boleh susun jadual utk adik & kakak.. Alhamdulillah kerana dpt jalankan tanggungjawab yg sempurna utk family... buat Mr hubby, kakak & adik...ummie sayang sgt kt kalian semua....



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Anakanda Harriz ke Klinik lagi...




Masuk kali ni dh kali ke 3 anakanda Harriz melawat ke klinik..huhuhu.... ruam kt muka dia makin menjadi-jadi pulak..ummi memang betul2 risau la tgk keadaan muka Harriz ni.. tambah-tambah lagi bila tgk Harriz asyik nk garu jer muka dia..makin dia garu, makin bertambah banyak timbul ruam..abis merah muka dia..memang betul2 kesian bila tgk dia...

1st ummi bawak Harriz g klinik pada 15 Mac lepas kt Klinik Norhazlina di Bukit Payong untuk inject 2 bulan so check muka dia sekali. Masa tu x byk sgt timbul cuma kt dahi & sikit2 kt pipi.. Doktor kata cuma ruam biasa sb cuaca panas skrg ni.. lega sikit rs hati ni bila doktor kata mcm tu.....so doktor bagu cream untuk sapu kt muka Harriz.

Tapi hari demi, ruam kt muka tu makin banyak lak..boleh dikatakan seluruh dahi & kedua2 pipinyer ada..kt dagu pun ada... jd Abie Harriz pegi ambik ubat ruam lak kt Klinik Aishah Batu 6... mana lah tau kot2 sembuh.. cuma usaha jela... tp masih xde perubahan gak...

So semalam kami decide nk bawak Harriz ke Klinik Muslimah lak.. seperti biasa Dr Fazilah kata cuma ruam biasa jer sb cuaca.. ummi bgth dh 2 klinik pegi semua ckp cmtu..tp x ok pun.. jadi ummi mintak ubat yg lain dr cream kot2 lebih berkesan... Dr Fazilah syorkan guna ubat tube untuk sapu dan ubat untuk mandian.. nk bagi ubat makan Dr Fazilah sarankan better xyah bagi lagi sb Harriz masih baby... doktor suh dtg lagi mggu dpn nk tgk ubat yg dia bagi berkesan ke tak..klu ruam tu x ok gak.. br la dia berani bagi ubat utk makan... huhuhuhu.. sadis sungguh....
mggu depan kena g wat check up susulan pulak...

sian Anakanda Harriz kan..ape2 pun..kawan2 semua doakanlah semoga ruam ni cepat sembuh... InsyaAllah..amin..

(pictures ruam yg timbul di muka harriz ms 21 & 22hb lepas)







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Anakanda Damia & Harriz ke Playground McD

(Jom kita ke McD)

Semalam kitaorg 1 family kuar jalan-jalan....ingat nk bawak Anakanda Damia pegi Taman permainan kt Kuala Ibai...tp memandangkan dh lewat ptg..jd kami semua tukar plan..singgah kt McD Pandu Lalu jela... lgpun kt dalam tu ada Playground..leh lepas Anakanda Damia main puas2 kt ctu... klu nk g kt Playgoround kt Giant, ramai sgt org..karang tak terjaga lak Anakanda Damia ni....

(Bukan setakat Anakanda Damia yg main..abie pun join sekali..)

Belum sempat abis makan lagi Anakanda Damia dh teringin sgt nk main kt Playground McD ni..maka terpaksa la Mr Hubby melayan dia main..kebetulan lak ms tu xde kanak-kanak lain yg main kt dlm playground tu..dgn mr Hubby sekali main gak..mcm budak2..hehehehe


(ummie & Anakanda Harriz)

Sementara tunggu Anakanda Damia main puas2..adik yg tdo pun dh terjaga.. bising yg amat sgt la kakak ni..adik nk tdo pun xlena...sian adik..huhuhu

(Abie & Anakanda Harriz)

Sambil2 tunggu kakak main, sempat lagi snap pic adik & mr Hubby... adik pun dh bulat mata..maybe teruja kot dgr suara kakak gelak..klu ikut hati dia tentu dia nk join main dgn kakak gak ni..ekekeke..

(Suker sgt dpt main kt Playground)

Suker sgt dapat main.... ummi & abie ajak balik pun buat x layan jer... makan pun xsempat abis mknsiap bawak masuk kt dalam Playground lagi....


(Bukan main susah nk snap picture Damia..nk main jer keje dia)

Adik nk tdo tp bising sgt kakak ni... xpasal2 adik terjaga dh... nasib baik adik ni good boy..x meragam wp bising bangat kt dalam ni....



(Anakanda Harriz tertdo..ngantuk sgt....)

Sungguh lena anakanda Harriz tdo..sempat la ummi & abie makan dgn tenang.. cuma layan karenah kakak jela.. 1 McD dia pusing..xlarat nk kejar cuma perhatikan dr jauh jela



Time makan..ms ni kakak belum nampak playground lagi..berselera dia makan sundae... adik dh selamat tdo dh... x hirau kan suasana bising dh bila mata dh ngantuk sgt...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sekadar Renungan...Madah Cinta



Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan.
Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.
Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya.
Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya .
Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Jangan melarikan diri dari ‘cinta’ apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan.
Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan.
Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat .

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Silat Berus Gigi ganti Silat gayung...


Jom kita layan n3 ni...ekekekeke.. betul tak langkah silat Anakanda Damia ni... ni namanyer langkah silat yg baru..silat berus gigi..ekekeke..leh ganti silap gayung tak?

Begini lah ragam Damia hari2... pantang jumpe berus gigi..... mesti nak la... sampaikan semua org kt umah ni terpaksa sembunyikan berus gigi masing2..xtau la nape la Anakanda Damia minat sgt dgn berus gigi ni..satu hobi yg sgt pelik...

Anakanda Damia bukannyer suker sgt nak berus gigi..klu ummi nk berus gigi dia siap nangis lagi..xmau... tp leh lak dia wat "berus gigi" sebagai satu permainan... tak terfikir pun sblm ni..tp bila tgk dia memang minat sgt dgn berus gigi barulah ummi sedar yg berus gigi leh dikategorikan sebagai permainan gak...hahahahaha...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Di Suatu pagi yg hening....




(sedang lena diulit intan anakanda2 ummi ni)

Lena betul 2 beradik ni tdo.... biasanyer Harriz dlm kul 8.00am br bgn..kakak lak belum tentu lagi... paling lmbt pun dlm kul 9.00am br bgn... tp klu dengar suara adik kadang2 kakak terus bangun wp mata masih tertutup... betapa prihatin nyer kakak ni...

Comel jer tgk 2 beradik ni tdo... barulah ummi leh rehat sikit...tp kdg2 xleh nk rest gak, mcm2 keje kena setle...ms ni la nk wat ape2 pun..nk basuh kain ke..mandi ke..nt bila dua2 dh terjaga xmenang tangan dibuatnyer... kena pandai bahagi masa la sejak bertambah ahli keluarga ni... nasib baik la dua2 beradik ni x banyak ragam sgt... cuma kadang2 jer sifat phd tu ada sikit pada si kakak ni..maklumlah, dia x puas bermanja lagi....

ape2 pun wish the best for my lovely daughter & son... love u all so much


(kakak suh adik senyum.....)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kesian Anakanda Harriz


Sekarang ni cuaca amat panas... bukan setakat baby, kita org dewasa ni pun x tahan dengan kehangatan cuaca ni... klu boleh nk mandi jer kan... kesan dr cuaca ni mcm2 penyakit leh dtg...demam panas, selsema dan mcm2 lagi la..mujur la semua penyakit yg pelik2 ni x kena pada anakanda berdua ni..cuma yg merisaukan ummi skrg ni cuma anakanda Harriz jer.. semenjak dua menjak ni, ruam panas kt muka dia makin menjadi2 pulak... dh pegi klinik, ambik ubat sapu..tp still mcm tu gak, rs mcm makin teruk ada la.. anakanda harriz pun suka sgt garu kt ruam tu..maybe gatal kot.. sian lak tgk dia...

nk wat cmner erk? saper2 ada petua x utk hilangkn ruam ni.... ke better ambik ubat mkn dr ubat sapu.... :(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Contest "Tidur Paling Comel"




Lama dah tak join contest. contest ni yang dianjurkan oleh InfantiaHouse.
Meh kita pakat join ramai-ramai bagi memeriahkan suasana. Menang kalah adat PERTANDINGAN. Kalau ada rezeki, alhamdulillah... rezeki anak-anak... ummi pun leh tumpang senang gak..Antara syaratnya mestilah tidur bersama bantal..







Nama
: Muhammad Danish Amzar Harriz bin Zammeri

Umur: 2 bulan
Tarikh Lahir: 8 Februari 2010
Warna Kesukaan: Hijau / cream
  1. Jadi follower blog InfantiaHouse ...-done
  2. Letakkan banner di atas di ruang sidebar blog anda... -done
  3. Copy & paste tajuk entry anda seperti diatas dan pastikan buat link ke.. -done
    http://infantiahouse.blogspot.com/2010/03/contest-tidur-paling-comel-by.html
    terus ke blog InfantiaHouse...
    -done
  4. Letakkan Gambar anak yang yang berumur 0 - 4 tahun. -done
  5. Gambar tu mesti gambar bayi yg tengah tidur nyenyak bersama bantal.
    ( tak kisah la nak aksi mcm mana..yg penting dia sedang enak tidur dan aksinya mencuit hati...)
    -done
  6. Baby tu tak semestinya anak anda..letak anak sape2 pun boleh, yang penting baby tu mesti ada pertalian darah dengan anda.-done
  7. Letakkan juga nama, umur, tarikh lahir dan warna kesukaan dia (untuk hadiah nanti) -done
  8. Dan jgn lupa, tinggalkan link utk penyertaan anda dalam comment box dlm entry ni...-done
  9. Disebabkan beberapa permintaan dan ramai yg baru tahu contest ni..pihak syarikat telah bersetuju untuk melanjutkan lagi contest ni sehingga 31 Mei 2010 jam 11.59mlm~~ cepat2 jgn lambat yer...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jom kita ke Pantai...





Hari Khamis lepas 15 April 2010, 1st bawak Anakanda Harriz jalan-jalan kt pantai... abie yg beria sgt nk kuar 1 family... ikut hati xnk kuar maklumlah Anakanda Harriz br 2 bulan..karang demam lak kena angin pantai...


tp dh Mr Hubby nk sgt kuar jalan-jalan.. nk tak nak ikut jela... nasib baik la anakanda Harriz ni kuat antibodi... dh la pagi tu dh kena inject, ptg lak g pantai...kena angin pantai yg kuat tu...tp still mantain jer.

Pantai destinasi pilihan abie kali ni kt Pantai Peranginan Kelulut Marang... kira ok gak suasana pantai ni..ada banyak pilihan kedai makan... pantai pun bersih... ada mcm2 menu leh makan...pilih jer... masakan panas, nasi pelbagai jenis, sotong-udang-ikan celup tepung, kerang dan mcm2 lagi la... pendek kata semua ada... bila dh pegi sekali pasti nk pegi lagi..hehehehe..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Belum ada rezeki.... sabar jelah...




Pada 15 April 2010 merupakan tarikh yg menentukan sama ada aku berjaya untuk menghadiri ujian Malaysian Educators Selection Inventory atau nama singkatannyer MedSi bagi Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah... tp resultnyer sungguh menghampakan.. mungkin belum rezeki ku lagi atau memg dh ditentukan profesion perguruan bukan ditakdirkan utk aku.. aku pasrah dgn ketentuan yg Allah tetapkan pada diriku..... InsyaAllah klu ada rezeki apply lagi tahun depan selagi ada peluang...




Pada hari ni 17 April 2010 pula tarikh semakan untuk menghadiri temuduga bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)... resultnyer juga belum memihak padaku... telah 6 kali berturut-turut aku memohon KPLI tp memang susah sgt nk dpt... padahal aku yakin dgn MTest yg aku hadiri... Redha jelah...



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1sf time Harriz ke KFC

Semalam kitaorg 1 family kuar ronda2 Giant Mall jap..nk kuar siang, cuaca skrg panas sgt... so kuar mlm lagi sesuai utk baby macam Anakanda Harriz... Keluar jap jer dlm 2 jam..saje nk bwk Anakanda Damia jalan-jalan..dh lama dia dok terperuk kt umah jer sejak ummi dalam pantang....

Ni la first time bawak harriz kuar jalan2...biasa kuar pun just g klinik jela... InsyaAllah esok nk bawak Anakanda Harriz g klinik untuk check up 2 bulan...nt kena inject lagi...sian Harriz...hr tu ms inject sebulan nasib baik x demam..harap yg ni pun x demam gak la.... InsyaAllah...

G Giant xde niat nk shopping pun just nk jalan-jalan jer.. ingat nk singgah makan kt Pizza Hut tp dh nk tutup la pulak..xleh mkn kt sana..so kitaorg g makan kt KFC jela....ni la 1st time Harriz masuk KFC... Damia lak x menang tangan abie nk layan... nk main jer kejenyer..tmbh2 jumpe kawan kt sana..lagi la dia xingat nk makan...ummi panggil pun buat x layan jer...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Realiti Kehidupan..


  • Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang. Setiap yang dilahirkan di dunia ini mempunyai peluang masing-masing untuk memilih ruang hidup mereka. Setiap daripada kita tidak pernah tahu apakah yang akan kita lalui sepanjang hidup, sama ada suatu kesenangan atau kepayahan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sama tapi tak serupa....


Dalam diam tak diam sekejap jer masa meninggalkan kita... rasa mcm baru jer bersalin tup-tup dh 2 bulan usia Anakanda Harriz... makin montel & berat dh anakanda Harriz maybe dh 6kg lebih agaknyer... klu pegang lama2 sikit dh rs lenguh2 tangan ummi...

Dari sehari ke sehari ummi mula sedar wajah Anakanda Harriz & Anakanda Damia ada iras-iras gak...lebih kurang jer muka dua beradik ni...cuma yg lain sikit kt bahagian mata & hidung (gender memang dh lain..hehehehe)... perangai pun lebih kurang jer dua beradik ni..tak banyak ragam....Alhamdulillah syukur pd Allah dgn kurniaanNyer yg begitu sempurna pada ummi...

Cuba kawan-kawan blogger tgk ada iras tak wajah Anakanda berdua ni... nt bgth erk bahagian mana yg nampak tak sama....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS


Doa Seorang Kekasih

(Lagu ini ditujukan buat Mr Hubby yg tersayang)


Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kemesraan Adik & Kakak...








Dh lama xciter pasal anakanda berdua ni... semakin besar..semakin serasi dua beradik ni..leh nampak kemesraan antara kakak dan adik... memang payah nk berenggang..nk pegi mana2 mesti bawa kedua2 sekali klu tak memang kakak xnk pegi... begitu besar kurniaan ikatan kasih sayang antara adik dan kakak...

Wajah kedua2 anakanda sekarang pun dh seiras dh.. lebih kurang jer wajah baby Harriz dgn kakak Damia masa usia dua bulan... memang betul2 adik beradik la yer..hehehehe.. InsyaAllah ada kesempatan kita citer lagi kt n3 akan dtg....


( pic: betapa manisnyer senyuman anakanda berdua... penyeri kasih ummi & abie)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perkembangan terkini.....



(Kakak, Adik & Abie... love u all)

Assalamualaikum wbt....

Rasanyer dh lebih sebulan tak singgah kt umah maya ni... tak sempat nk singgah maklumlah sejak anak bertambah ni, tanggungjawab pun makin bertambah...

Alang-alang dh singgah ni nk citer la sikit pasal perkembangan terkini... sebulan lepas tuan umah balik negeri.... abiskan pantang kt sana... lepas 2 bulan baru balik Terengganu...puashati dok kt kampung...sebulan lebih gak... kedua-dua anakanda pun dh makin membesar dgn sihat... Alhamdulillah... InsyaAllah ada ms nt kita citer pasal perkembangan anakanda.. ni sempat singgah jap jer... hehehehe

(Anakanda Harriz semakin montel..lenguh dh tangan ummi bila pegang lama2..)
































  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts with Thumbnails