KELAS MENJAHIT
Anniversary ke-5
Pengalaman jd Cikgu @ Ustazah
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُI
Khas utk hubby
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah, sempat gak wat kek coklat kukus ni hr ni wp sibuk dgn karenah anakanda berdua ni... ni khas wat hubby yg akan bertolak balik ke Terengganu ptg ni dan seterusnya bertolak ke Melaka pg esok utk semester baru yg akan bermula minggu depan.. sedihnyer selepas hampir 4 bulan hubby bercuti panjang, rs mcm jap jer ms berlalu... dh nk berjauhan lagi..anakanda berdua br nk mesra dgn abie nya..skrg kena berpisah lagi... sob3..sebak lak rasa....
Anyway semoga perjalanan hubby berjalan lancar dan selamat sampai ke destinasi... kami semua mendoakan abie yer.. agar success dlm study dan dapat result yg gempak... abie pasti boleh....caiyuk....
Aidilfitri 2011
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah, hr ni br berkesempatan nk singgah umah maya ni.. musim raya mcm x cukup masa jer putaran hidup ni mcm ada jer benda nk disetlekan.. ape2 rasanyer masih x terlambat nk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua kawan2 blogger yg sudi jenguk umah maya kita ni.... Ampun maaf sekiranya ada salah silap yer...
Raya thn ni giliran beraya di Kelantan.. xmenang tangan dibuatnyer..biasa kt umah mertua diTerengganu, semua mak mertua yg setlekan dr segi persiapan juadah pg raya..tp klu kt Kg terpaksa la kena uruskan bersama saki baki adik beradik yg beraya kt umah mak..maklumlah masing2 dh berkeluarga dan berumah sendiri.. biasa ptg raya br balik umah mak..tinggal kami 3 beradik jer yg biasa beraya di rumah mak... jd persiapan juadah pg raya kena wat sama2..smpi kul 4-00am kami tdo mlm raya nk setlekan juadah raya serta setlekan baju raya anak2 n suami masing2...
Alhamdulillah, raya kali ni sangat bermakna sebab thn ni dapat berpuasa bersama hubby tersayang... wp xdelah meriah sgt suasana raya seperti zaman kanak2 dulu tp bila dpt bersama keluarga memg cukup membahagiakan... kebetulan lak pd hari raya pertama, kakak Damia demam lak..jd kami xdelah beraya sgt ke rumah org..cuma tggu org dtg umah jelah... kami cuma beraya umah Cikgu Zura a.k.a guru sekolah Kakak Damia jer... 2 hr gak panas badan kakak br ok sikit... ni sb cuaca yg x menentu..jap panas,,jap ujan, kakak lak memg xlekat kt umah..asyik kuar jer ke umah mak sedara dia wp ujan panas..tu yg xpasal2 demam... nasib baik xmelarat....
Raya ke 3, kami beraya di Pasir Mas umah abg Long. Kebeulan dia wat open house n majlis kesyukuran sb anak dia sambung study.. sempat gak kami singah beraya umah Nenek sebelah ayah kt Kg Bayu Lalang Pasir Mas...Alhamdulillah...
Raya ke 5 lak kami beraya ke Jertih Terengganu..kebetulan lak kawan hubby wat majlis menyambut menantu.. pegi lah kejap bg meraikan majlis wp jalan agak sesak hr tu.. dlm 2 jam gak br sampai Jertih.. memg jem teruk jalan hr tu, terutamanyer jalan dr Jertih, Pasir Putih,Mchang ke Tanah Merah... smpi x bergerak pun kereta..jd bg mengelakkan tersangkut kt jem yg panjang, kami singgah jap utk mandi dan solat umah Kak Zana a.k.a kakak ipar di Besut.. dlm kul 11.00pm br kami bertolak balik ke Tanah Merah..nasib baik jln clear mlm tu..Syukur sgt2, anakanda berdua pun xwat perangai =)
Sekarang dh lebih seminggu raya.. jd pejam celik dh xlama hubby dh nk pegi sambung study balik..huhuhuhu..sgt sedih.. sb dh lama hubby cuti hampir 4 bulan gak..jd bila nk berjauhan lagi memg terasa berat hati..tp apakan daya.. utk masa depan kami gak, perlu berkorban..moga Allah berikan kami kekuatan sepanjang perpisahan ini dan memberikan semngat keadaku utk besarkan anakanda berdua tanpa hubby di sisi....
InsyaAllah ada ms entri br akan menyusul... wat ms ni setakat ni dulu la...
Anakanda Demam =(
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Hari ni dh 4 hari tahap kesihatan anakanda berdua agak kurang sikit.. semuanyer bermula pd malam 15/8/2011 lepas.. tiba2 jer badan kedua2 anaknda panas..serentak lak tu..mcm berjanji jer... makin malam makin panas lak badan tp nasib baik la anaknda berdua tak meragam wp demam..cuma kdg2 terdengar dia merengek dlm tidur, rs sayu jer hati dan naluri keibuan ku juga terguris bila melihat anakanda berdua cmtu... nk tdo pun xlena..
Esok pagi bawak anakanda berdua pegi klinik, mcm biasa la kakak susah nk makan ubat terpaksa standby ubat ikut jalan belakang..adik lak xkisah ubat ape pun bg, dia senang nk mkn... jd adik lebih cepat sihat berbanding dgn kakak yg selalu kena paksa mkn ubat..mcm2 cara ummi & abie wat utk bg ubat kt kakak ni..letak dlm air kotak la, mcm2 tp xbpe jalan gak..demam xkebah..last choice, terpkasa la guna ubat ikut jalan belakang...tp demam kali ni mcm main2 lak..bila mkn ubat baik..tp panas dtg balik....
Lepas 2 hr demam, Alhamdulillah, nmpk kesihatan anakanda makin ok..badan pun x panas sgt dh..cuma selsema la pulak..serentak lak tu.. nasib baik dh standby ubat selsema sekali... tp semlm badan anakanda berdua kembali panas..waduh.. naik risau ummi dibuatnyer... adik lak susah nk tdo sb hidung tersumbat..kakak lak tdo kesejukan dan merengek jer dlm tdo.. ummi jadi xlena nk tdo tgk anak2...
Pagi td ms sahur, dua2 bgn tdo & merengek nk dgn ummi jer..abie xboleh sentuh pun..terpaksa la ummi layan kedua2nyer..Alhamdulillah, badan adik xpanas mcm semlm tp hidung still tersumbat tp panas badan kakak memg melampau, jd ummi terpaksa bg ubat ikut jalan belakang...sian kakak, wp dia xnk terpaksa gak ummi bg ubat tu utk kesihatan dia gak.... lepas ummi pujuk dlm kul 6.30am, dua2 anakanda terlena, br la leh solat subuh..then tdo balik..sb xcukup tdo..
hopefully anakanda berdua cpt sembuh..kwn2 blogger semua, doakan kesihatan anakanda berdua erk...
Zakat Emas & Perak
Allah berfirman di dalam Surah At-Taubah ayat 34 - 35;
"Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari) apa yang kamu simpan itu"
Rasulullah SAW pula bersabda;
"Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka".
(Hadis riwayat Abu Hurairah)
Arahan berzakat untuk emas dan perak ini sudah jelas didalam Al-Quran & Hadis, makan wajiblah ke atas kita semua untuk melaksanakannya.
Pengiraan kadar zakat adalah seperti berikut :-
Ini adalah mengikut artikel daripada Lembaga Zakat Selangor
Emas Perhiasan Wanita
- Emas perhiasan wanita ialah emas yang dibeli atau digunakan sebagai perhiasan di badan. LZS (MAIS) mengambil kira kadar uruf emas bagi pemakaian perhiasan tersebut. Jika kadar pemakaian itu tidak mencapai atau melebihi kadar uruf, maka tidak wajiblah membayar zakat emas perhiasan tersebut. Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram
- Contoh:
(Timbangan emas x harga semasa x 2.5%)
900 gram x RM155 = RM139500 x 2.5% = RM3487.50
Emas Yang Disimpan
- Bermaksud emas yang selain daripada perhiasan wanita yang dipakai di badan samaada dalam bentuk mata wang, simpanan, galian, peralatan rumah dan sebagainya.
- Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan yang dipakai. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram
- Contoh:
Timbangan emas x harga semasa x 2.5%
90 gram x RM155 = RM13950 x 2.5% = RM348.75
Perak
- Bagi logam perak, samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak (disimpan sebagai perhiasan di rumah), maka pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nisab bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih
- Contoh:
800 gram perak x RM3.50(segram) = RM2800 x 2.5% = RM70
Untuk pengiraan secara online, bolehlah lawat laman Lembaga Zakat Selangor.
Ramadhan thn ni...
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah, pejam celik hr ni dh masuk 9 hr kita semua di bulan Ramadhan..jap jer ms berlalu.. tp sejak masuk bukan pose ni memg xsempat nk singgah kt blog ni.. ada jer benda nk wat.. siang kecoh layan anakanda berdua.. ptg dh nk masuk dapur... mlm dh penat masing2 tdo awal...tu yg xde ms nk bukak blog ni... kdg2 mlm kuar g window shopping kt bazar2 Ramadhan sekitar Bandar Terengganu ni kot ada barang murah leh beli utk raya..siang memg xlarat nk pegi tambah nk layan anakanda berdua yg aktif ni... lagi2 klu jumpe benda 'menunggang' ni.. riuh rendah 1 pasaraya nk ajak balik..malu weh..huhuhuhu

Puasa tahun ni memg menguji keimanan dan kesabaran.. cuaca pun memg amat panas..tu yg lesu jer rasa mcm xcukup air jer..tambah2 lagi dua2 anakanda menyusu badan... lagilah terasa kehausannye.... sabar jelah, moga Allah akan berikan kekuatan utkku sebagai ibu..InsyaAllah..
Disebabkan rs penat jer memanjang, jd terasa nk makan jamu utk metabolisma badan..harap dpt membantu... br hr ni try makan.hopefully dpt rasa kesan dan perubahan positif nanti... Thanks utk Eliza Dianna =)

Sekayu Waterfall.. kami dtg lg =)
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah, hr ni 28 Julai 2011..sempat lagi kami berkunjung ke Sekayu Waterfall sblm menjelang bulan Ramadhan yg bakal menjelma mggu dpn.. ni pun tiba2 jer abie ajak semalam.. sb xpuashati pegi bulan mei lepas gara2 insiden yg xdijangka..lagipun masa pergi br ni ramai sgt org kt sana smpi nk mandi pun berhimpit2.. memg xde privasi tp semlm pegi seolah-olah Seekayu ni kami yg punya... xramai org pun... boleh dikatakan ms kami smpai tu ada dlm 4-5 buah kereta jer, tu pun xnmpk pun kelibat penghuninyer kt mana..masing2 mandi kt tempat tinggi agaknyer...
Kami smpi sana lebih kurg kul 1.30pm, sebelum tu kami singah kt kedai bundle jap..biasalah minat en hubby mesti dipenuhi..pantang jumpe kedai bundle mesti kami terjah..kebetulan lak sebelah kedai bundle ada kedai mkn.. so ummi tapaukan makanan utk dimakan di Sekayu nanti..biasanyer bila dh sejuk.. mesti lapar punyer... alang2 dh tghr, ummi tapau nasi putih 2 bungkus dgn lauk ayam merah, kari telur, udang pedas n sayur goreng..manakala utk anakanda berdua nasi ayam sb xpedas pun...
Kt sana memg seronok tgk anakanda main air, kebetulan air yg cetek, tenang dan siap ada batu leh wat gelongsor lagi..suka sgt damia..tambah2 lagi ada byk anak ikan... kul 2.30pm kami menjamu selera..mmg terasa kelaparannyer bila dh lama berendam.. abis semua kami mkn.. anakanda pun bukan main lagi berselra mkn, ditambah lak dgn ikan yg berenang2 disekeliling batu tu meminta nasi gak..leka la damia dgn abie mkn bersama ikan2 tu.. ummi dgn abie mkn kt tepi air tu jer.. karang xpasal2 adik terjun dlm air yg dlm tu.. xleh jangka adik ni yg pantang jumpe air, nk mandi ajer wp 1 bdn dh biru kesejukan...
Dalam kul 3.3opm, kami slow2 berangkat pulang, dh kesejukan dh semua main air... kami singgah mandi dan solat kt Masjid berdekatan dgn Sekayu Waterfall dlm 500m kot... setle semua lps asar kami bertolak balik..dipertengahan jalan terjumpe lak pasar minggu, kami singgah jap..ape lagi kedai bundle la yg abie terjah dulu.. pastu dpt la sehelai.. kami teruskan perjalanan dan singgah jap kt umah Pak sedara serta umah Tok n To'ki di Tok Gebok, Ajil.. tp xleh lama2 sb ada bola kul 8.30pm lak... ape2 pun memg enjoy g sana hr ni... =)
Happy Besday Damia Insyirah =)
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Hari ni 25 Julai 2011 genaplah usia anakanda Damia Insyirah 4 tahun pd jam 11.07 minit pagi td... Syukur alhamdulillah, anakanda membesar dgn sihat sepanjang 4 thn ni.. moga akan kekal sihat selama-lamanyer....
Sempena besday Damia ni, ummie & abie nk ucapkan selamat Hari Lahir,, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan membesar menjadi anak yg solehah.. sesunguhnyer harta yg sgt bernilai buat ibu bapa adalah anak2 yg soleh dan solehah...
Nak citer sikit pasal kek Damia ni... utk dpt kek ni kami terjah 3 buah kedai kek..semata2 nk cari kek naruto ni..akhirnyer jumpe gak mengikut pilihan besday girl... moga besday kali ni dpt gembirakan hati anakanda.... present dh lama beli..hope anakanda suka =)
Taman Rekreasi & Zoo Mini, Kemaman
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Hari ni 24/7/2011, kami sefamily bersepakat untuk jalan2 jauh sikit dr kawasan Kuala Terengganu.. asyik pusing tempat sama jer kdg2 naik bosan gak... anak2 pun dh besar sikit jd xde la cerewet sgt nk bawak g jalan jauh2 sikit pun...
Destinasi kami tuju kali ni adalah ke Taman Rekreasi dan Zoo Mini, Kemaman..memg xtau pun nk tuju ke mana cuma terjah jer asalkan smpi... kami bertolak pun agak lmbt gak dlm kul 11.00am. Dalam perjalanan pun byk singgah, dh namanyer bawak anak2 memg kena kerap berhenti sikit... sampai kt Kerteh, dua2 anakanda dh terlena.. lama gak anakanda tidur..dh dkt sampai br bangun..Kami sampai kt sana lebih kurg kul 2.30pm.
Di sini tiket dikenakan rm10 utk setiap pelawat dewasa manakala kanak2 bawah 5 thn tidak dikenakan bayaran... wp mini zoo, penat gak nk jalan jelajah semua sangkar haiwan ni..nasib baik ada buggy yg hantar & ambik, klu tak memg lenguh nk jalan.. budak2 pun kepenatan asyik nk dukung..ape2 pun anakanda berdua enjoy kt sana wp adik Harriz agak takut sikit dgn haiwan2 yg ada berbanding kakak Damia yg terover berani..
Ape2 pun jom tgk sebahagian foto yg sempat kami snap kt sana..


Setelah Lama Bersarang, singgah jap umah maya ni...
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Waduh2..dh lama xupdate blog ni...byk sgt schedule yg menunggu... sejak hubby balik kelate pd 9 Julai 2011, mcm2 agenda n perkara yg berlaku... sepanjang hubby balik semua kedai " bundle" sekitar Tanah Merah & Machang kami terjah... maklumlah hobi baru hubby sekarang suka kumpul baju2 jenama Lacoste & Arnold Palmer... jenuh mencari utk tmbh koleksi...Dalam masa yg sama gak kitaorg pergi tempah baju raya.. sekarang semua dh complete cuma tggu kecekapan tailor jelah.. baju melayu hubby dgn adik Harriz memg dh beli siap cuma tinggal nk repair mana yg patut ikut keselesaan pemakai.
Pada 15 Julai 2011, kami bawak ayahanda dan bonda ke Jertih, khbarnyer ada org yg leh buat perubatab tradisional secara batin spt buat pembedahan secara batin, xnampak luka luaran tp ada pembedahan.. dgr2nyer ada yg sembuh mcm kencing manis, strok dan mcm2 lagi.. jadi sebagai salah satu drp ikhtiar utk kesihatan ayahanda bonda, kami cuba bawak mereka ke sana... utk permulaan, ayahanda bonda diberi minum air tawar... jd temujanji berikutnyer pd 26 Julai 2011 utk pembedahan dan seterusnya pd 30 Julai 2011 utk buka jahitan... harap semuanyer berjalan lancar.
Kami balik Terengganu pd 20 Julai 2011, setelah selesai semua persiapan raya... cuma skrg menanti detik2 bulan Ramadhan yg mulia... dlm minggu ni pun mcm2 perancangan dh dirancang, harap semuanyer menjadi la... mudah-mudahan...
Mandi Manda di Pantai Chendering
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Waduh, asal nmpk pantai jer mesti nk mandi terutamanyer se kecik ni... mmg nk g mana2 kena standby pakaian lebih dlm keta, siap dgn tuala n shower.. mana tau lalu kt pantai confirm kena singgah mandi dulu..klu x memg mengamuk budak2 ni.. maklumlah di Terengganu ni pegi mana2 jer mesti jumpe pantai...
Kalau nk bawak anakanda ni mandi pantai, semestinyer Pantai Chendering yg jadi pilihan sb pantainyer bersih, pasirnyer landai, ombak pun xbesar dan ada kawasan ombak yg cetek..memg sesuai utk lepaskan budak2 mandi.. biasa kami akan singgah kt pantai ni sebelah ptg dlm kul 6 dan lepaskan anak2 mandi smpi puas..lgpun berdekatan pantai ada masjid, jd senang nk mandikan terus budak2 ni...
Bukan anak2 jer seronok, ummi n abie pun tumpang seronok..banyak ketam yg berkeliaran, byk gak hasil tangkapan yg dpt utk anak2... suker2 jer...