RSS

Anakanda Demam =(



اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Hari ni dh 4 hari tahap kesihatan anakanda berdua agak kurang sikit.. semuanyer bermula pd malam 15/8/2011 lepas.. tiba2 jer badan kedua2 anaknda panas..serentak lak tu..mcm berjanji jer... makin malam makin panas lak badan tp nasib baik la anaknda berdua tak meragam wp demam..cuma kdg2 terdengar dia merengek dlm tidur, rs sayu jer hati dan naluri keibuan ku juga terguris bila melihat anakanda berdua cmtu... nk tdo pun xlena..

Esok pagi bawak anakanda berdua pegi klinik, mcm biasa la kakak susah nk makan ubat terpaksa standby ubat ikut jalan belakang..adik lak xkisah ubat ape pun bg, dia senang nk mkn... jd adik lebih cepat sihat berbanding dgn kakak yg selalu kena paksa mkn ubat..mcm2 cara ummi & abie wat utk bg ubat kt kakak ni..letak dlm air kotak la, mcm2 tp xbpe jalan gak..demam xkebah..last choice, terpkasa la guna ubat ikut jalan belakang...tp demam kali ni mcm main2 lak..bila mkn ubat baik..tp panas dtg balik....

Lepas 2 hr demam, Alhamdulillah, nmpk kesihatan anakanda makin ok..badan pun x panas sgt dh..cuma selsema la pulak..serentak lak tu.. nasib baik dh standby ubat selsema sekali... tp semlm badan anakanda berdua kembali panas..waduh.. naik risau ummi dibuatnyer... adik lak susah nk tdo sb hidung tersumbat..kakak lak tdo kesejukan dan merengek jer dlm tdo.. ummi jadi xlena nk tdo tgk anak2...


Pagi td ms sahur, dua2 bgn tdo & merengek nk dgn ummi jer..abie xboleh sentuh pun..terpaksa la ummi layan kedua2nyer..Alhamdulillah, badan adik xpanas mcm semlm tp hidung still tersumbat tp panas badan kakak memg melampau, jd ummi terpaksa bg ubat ikut jalan belakang...sian kakak, wp dia xnk terpaksa gak ummi bg ubat tu utk kesihatan dia gak.... lepas ummi pujuk dlm kul 6.30am, dua2 anakanda terlena, br la leh solat subuh..then tdo balik..sb xcukup tdo..

hopefully anakanda berdua cpt sembuh..kwn2 blogger semua, doakan kesihatan anakanda berdua erk...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Zakat Emas & Perak


Allah berfirman di dalam Surah At-Taubah ayat 34 - 35;

"Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari) apa yang kamu simpan itu"


Rasulullah SAW pula bersabda;

"Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka".

(Hadis riwayat Abu Hurairah)

Arahan berzakat untuk emas dan perak ini sudah jelas didalam Al-Quran & Hadis, makan wajiblah ke atas kita semua untuk melaksanakannya.

Pengiraan kadar zakat adalah seperti berikut :-




Ini adalah mengikut artikel daripada Lembaga Zakat Selangor

Emas Perhiasan Wanita

  • Emas perhiasan wanita ialah emas yang dibeli atau digunakan sebagai perhiasan di badan. LZS (MAIS) mengambil kira kadar uruf emas bagi pemakaian perhiasan tersebut. Jika kadar pemakaian itu tidak mencapai atau melebihi kadar uruf, maka tidak wajiblah membayar zakat emas perhiasan tersebut. Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram
    • Contoh:
      (Timbangan emas x harga semasa x 2.5%)
      900 gram x RM155 = RM139500 x 2.5% = RM3487.50


Emas Yang Disimpan

  • Bermaksud emas yang selain daripada perhiasan wanita yang dipakai di badan samaada dalam bentuk mata wang, simpanan, galian, peralatan rumah dan sebagainya.
  • Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan yang dipakai. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram
    • Contoh:
      Timbangan emas x harga semasa x 2.5%
      90 gram x RM155 = RM13950 x 2.5% = RM348.75

Perak

  • Bagi logam perak, samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak (disimpan sebagai perhiasan di rumah), maka pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nisab bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih
    • Contoh:
      800 gram perak x RM3.50(segram) = RM2800 x 2.5% = RM70

Untuk pengiraan secara online, bolehlah lawat laman Lembaga Zakat Selangor.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ramadhan thn ni...


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Alhamdulillah, pejam celik hr ni dh masuk 9 hr kita semua di bulan Ramadhan..jap jer ms berlalu.. tp sejak masuk bukan pose ni memg xsempat nk singgah kt blog ni.. ada jer benda nk wat.. siang kecoh layan anakanda berdua.. ptg dh nk masuk dapur... mlm dh penat masing2 tdo awal...tu yg xde ms nk bukak blog ni... kdg2 mlm kuar g window shopping kt bazar2 Ramadhan sekitar Bandar Terengganu ni kot ada barang murah leh beli utk raya..siang memg xlarat nk pegi tambah nk layan anakanda berdua yg aktif ni... lagi2 klu jumpe benda 'menunggang' ni.. riuh rendah 1 pasaraya nk ajak balik..malu weh..huhuhuhu


Puasa tahun ni memg menguji keimanan dan kesabaran.. cuaca pun memg amat panas..tu yg lesu jer rasa mcm xcukup air jer..tambah2 lagi dua2 anakanda menyusu badan... lagilah terasa kehausannye.... sabar jelah, moga Allah akan berikan kekuatan utkku sebagai ibu..InsyaAllah..

Disebabkan rs penat jer memanjang, jd terasa nk makan jamu utk metabolisma badan..harap dpt membantu... br hr ni try makan.hopefully dpt rasa kesan dan perubahan positif nanti... Thanks utk Eliza Dianna =)





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts with Thumbnails