Proses kehamilan memang suatu pengalaman yang amat menakjubkan. Berita tentang kehamilan ini memang tidak dijangka oleh kami kerana usia perkahwinan kami masih terlalu awal. Alhamdulillah, syukur pada Allah atas kurniaanNya ini. Tanggal 06 Disember 2006, doktor telah mengesahkan bahawa Ummi telah hamil 5 minggu dan bayi dijangka lahir pada 8 Ogos 2008.
Walaupun mengalami alahan yang agak teruk pada 5 bulan pertama kehamilan, kehadiran cahaya mata yang dinanti-nantikan ini membuatkan Ummi semakin teruja untuk menyambut kelahiran buah hati yang ditunggu-tunggu oleh Ummi & Abie. Alhamdulillah sepanjang kehamilan ini, tiada sebarang masalah yang timbul dan semuanya berjalan lancar.
.: Detik Kehamilan:.
Labels:
Anakanda,
Puteri Nurin Damia Insyirah
Posted by
Ezzan Zamm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







0 comments:
Post a Comment