RSS

Apabila masalah timbul...

Kehidupan harian memaksa kita berdepan dengan pelbagai situasi yang kadang2 amat sukar diatasi. Ada orang mengalami masalah dipejabat, bermasalah dengan keluarga, masalah dengan suami/isteri, kawan-kawan, saudara-mara, masalah cinta dan macam-macam lagi masalah yang langsung tak terfikir oleh kita. Sehingga ada masalah yang boleh dijadikan sebuah filem yang amat unik.

Kadang-kadang masalah yang dihadapi terasa begitu menekan jiwa, ramai di antara kita terasa keseorangan dan begitu kesunyian menghadapi masalah yang tak pernah menunjukkan cahaya kebahagiaan. Dalam keadaan ini, manusia umumnya akan kembali….kembali kepada fitrah asal kelemahan diri sehingga hatinya tersentuh..tersentuh untuk kembali mengingati Yang Maha Esa, tuhan pencipta alam..hilang segala keegoan dan kemegahan diri. Terpancullah dari mulutnya nama yang jarang disebut ketika senang dan bahagia, suatu nama yang memberikan kekuatan dikala diri mulai sempit dan air mata mulai kecundang dari sepasang mata yang layu dari segala pandangan yang dianggap sinis selama ini….Ya Allah……Ya Allah……….

“Ingatilah Allah dalam apa jua keadaan kita sekali pun! Kita perlu menangis bukan hanya kerana sedih, tetapi juga kerana bahagia, kerana Allah sukakan hambanya yang bersyukur dalam senang ataupun susah!”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails