Alhamdulillah..semua umat islam telah selamat menyambut hari raya dengan penuh rasa gembira dan bahagia. Pada musim perayaan ini, ziarah menziarahi telah menjadi suatu kewajipan bagi kita. Namun, kita tidak mungkin mampu untuk menziarahi semua saudara-mara dan rakan taulan yang begitu ramai. Oh, mungkin anda masih begitu letih sekarang setelah penat menziarahi rumah rakan2 anda. Ya, itulah perkara sama yang saya rasa sekarang. Penat tetapi rasanya cukup gembira dapat berjumpa saudara mara dan rakan2 yang dah lama tidak berjumpa…macam2 cerita dan aktiviti umpat-mengumpat kita bicarakan (sebulan buat ibadat, sekarang dah kering balik..huhuhu).
Walau bagaimanapun, ada juga orang yang ‘kurang cerdik’ dalam mengamalkan kewajipan ziarah ini. Mereka lebih utamakan orang2 yang tinggal jauh berbanding saudara mara terdekat dan jiran tetangga. Perbuatan ini kadang-kadang telah menyebabkan perasaan saudara mara atau jiran tetangga kita terguris. Apalah salahnya menziarahi jiran sebelah rumah dahulu sebelum keluar ke tempat lain? Atau kita terlalu hebat sehingga tidak layak rasanya untuk menjejaki rumah jiran yang buruk lagi berdebu. Ehem…entahlah, perhatikan orang disekeliling kita, atau perhatikan diri kita sendiri, adakah kita tergolong dalam kumpulan ini? Ah..sedihnya…
Sifat semulajadi yang terdapat dalam diri setiap manusia antaranya adalah suka berprasangka buruk. Jarang sekali orang akan berfikiran positif terhadap tindakan orang lain walaupun Islam menuntut kita berfikiran positif atau berprasangka baik. Inilah perkara yang cuba dielakkan dalam agama kita, menziarahi saudara terdekat dan jiran tetangga terlebih dahulu dapat mengelakkan mereka daripada bersangka buruk terhadap kita. Agaknya apa kata mereka jika kita tidak menziarahi mereka? Adakah mereka akan berkata seperti ini: “Bagusnya jiran kita tu, diorang tak datang pun rumah kita sebab dah tahu kita sibuk!” atau “Jiran kita tu tak datang pun rumah kita, tentu mereka ada urusan penting di tempat yang lebih jauh!”
Pada pandangan saya mereka akan berkata begini: “Boleh harap punya jiran, rumah kita langsung tak nak diziarahinya, apa salah kita? Kenapa Sombong sangat!” atau “Rumah orang jauh boleh pergi, rumah kita yang dekat ni dia buat tak nampak jer..!” Apa pendapat anda pula? Setujukah anda dengan apa yang saya nyatakan di atas? Perkara ini bukan rekaan atau imaginasi saya, tetapi ia berlaku depan mata saya sendiri…sedihnya…







0 comments:
Post a Comment