RSS

Bagaimana memikat hati seseorang

Artikel kali ini agak jiwang sikit kot bunyinya. Tetapi sebenarnya tidak! Maksud memikat hati seseorang yang ingin saya bincangkan ini sebenarnya luas. Ia lebih bermaksud cara-cara membuatkan orang suka pada anda.

Pastinya anda semua telah tahu, cara untuk memikat hati orang lain pertamanya bermula dengan diri anda dahulu, anda perlulah berkelakuan baik, sopan, berpakaian kemas dan sebagainya. Namun apa yang ingin saya bincangkan dalam artikel ini bukan tentang perkara itu, tetapi tentang bagaimana menambat hati seseorang dengan mengetahui kelemahannya! Ehem…bunyi macam menarik bukan?

Kelemahan yang saya maksudkan ialah titik rasa atau point penting yang terdapat pada seseorang. Anda perlu mengetahui ciri-ciri orang yang anda kenali, apa yang membuatkan titik rasa mereka terbuka untuk dipikat oleh anda. Apa maksud ayat yang berbelit ini? Maksudnya anda perlu tahu apakah ciri seseorang yang ingin anda pikat berdasarkan titik rasa mereka. Adakah mereka seorang yang suka mendengar? Seorang yang suka melihat atau seorang yang suka merasa?

Orang yang suka mendengar, orang ini suka mendengar perkataan yang indah-indah, cerita yang menarik, gaya percakapan anda yang meyakinkan dan apa jua perkara yang mereka dengar seperti percakapan orang, mendengar muzik dan sebagainya. Mereka boleh mempercayai anda dengan hanya mendengar apa yang anda ceritakan.

Orang yang suka melihat. Mereka ini ialah orang yang boleh dipengaruhi dengan melihat sesuai yang menarik perhatian mereka. Dalam psikologi, seandainya anda seorang yang suka melihat, anda akan menampal gambar-gambar yang anda suka seperti kereta, artis dan sebagainya. Orang seperti ini mudah dipikat apabila kita mempertunjukkan sesuatu perkara, gambar dan imej yang menarik kepada mereka. Mereka tidak perlu mendengar penjelasan yang panjang2 tentang sesuatu perkara. Cukup sekadar menunjukkan gambar kepada mereka untuk menerangkan sesuatu.

Orang yang suka merasa. Golongan ini mudah mempercayai apa yang mereka rasa. Mereka tidak perlu bukti seperti gambar, atau penerangan yang jelas, cukup sekadar dapat merasai sesuatu yang mereka yakin ianya benar. Golongan ini suka disentuh dan dibelai. Mereka mudah tertarik dengan orang yang boleh melahirkan perasaan kasih sayang kepada mereka. Anda perlu melakukan sesuatu yang boleh membuatkan mereka terasa yang anda begitu mengambil berat tentang mereka. Dengan itu, mudah bagi anda untuk memikat hati mereka.

Anda boleh mengenali orang-orang ini dengan pelbagai cara. Antaranya adalah dengan melihat kecenderungan perangai mereka. Terdapat banyak lagi cara dari sudut psikologi sebenarnya. Seperti mengenalpasti mereka dengan cara melihat pergerakan mata hitam mereka. Tetapi kaedah ini memerlukan pembelajaran dan latihan yang berterusan. Anda boleh mendapatkan ilmu berkaitan perkara ini dalam buku-buku psikologi. Saya tidak akan bincangkan perkara itu dalam artikel ini.


Semoga perkongsian ini dapat memberikan ilmu dan pengalaman baru dalam cara hidup anda. Kenalpasti sahabat dan orang2 yang terdekat dengan anda, ketahui ciri-ciri psikologi mereka, nescaya anda bakal dapat menambat hati mereka untuk lebih menyayangi, menghormati dan mempercayai anda. Sekian dari saya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails