Dah lama tak jenguk blog ni, xde kesempatan jer nk singgah. Ada masa ni singgah la jap.
Entry ni nk citer sikit pasal supplement yang Damia makan sebagai tambahan untuk proses pembesarannya. Lagipun Damia bukan suka sgt bab makan ni jadi kena la bagi supplement ni untuk selera makan dan juga vitamin C. Antara supplemet yang Damia makan ada dalam bentuk tablet & ada dalam bentuk cecair tp Damia lebih suka tablet dari air ni...
Kt rumah memang kami sediakan pelbagai ubat Damia (untuk kecemasan). Setakat ni Alhamdulillah, Damia tak pernah Deman teruk setakat selsema jer ada la tu pun 2-3 hari dh baik. Antara ubat yg jadi stok untuk Damia spt Cooling Gel, ubat selsema, ubat demam dan ubat batuk... (stok jer tp jarang guna pun). Semua stok ubat ni diambil di klinik panel jer.. semuanya atas nasihat doktor yg biasa merawat Damia.
Selain ubat-ubat tu, kami sediakan pelbagai supplement lain seperti vitamin C & juga vitamin untuk selera makan. Semua vitamin ni pun doktor yang cadangkan.
Antara vitamin yg Damia makan:
1. Appeton (vitamin C) --> dos 2-6 biji sehari biasa Damia makan dlm 3 biji sehari
2. Champs (Vitamin C) --> dos 1-3 biji sehari
3. Appeton ( Multivitamin Lysine) --> dos 1-3 biji sehari untuk tambah selera makan
4. Nutroplex Liquid (with iron & Lysine) --> dos 5ml sekali sehari untuk selera makan
5. Fitovit Syrup --> dos 5ml dua kali sehari untuk selera makan
Biasanya ummi bagi Damia makan salah satu jer daripada supplement ni dalam sehari, jadi tukar-tukar la..klu makan yg sama pun Damia boring gak... klu yg syrup tu Damia xsuka makan sgt jd lebih kepada tablet.
Harap-harap bila ummi pegi timbang Damia bulan depan naik la sikit berat badan dia. Risau gak sb masa pegi timbang 27/4/2009 lepas berat Damia hanya 9.5kg jer..dh hampur dgn graf kuning. Risau gak berat badan tak seimbang dgn umur.
Selepas ambik semua supplement ni, ada gak nmpk perubahan sikit dr segi selera makan Damia, walaupun x banyak Damia makan tp kerap jd sekurang-kurangnyer naik la gak berat badan kot. Takpun mungkin sb Damia terlalu aktif sgt tu yg kalori dr ape yg dia makan terus dibakar..hehehehe.. ape2 pun sykur Alhamdulillah Damia setakat ni selsema bau 3 kali & tak pernah deman teruk sekadar panas kepala sb naik gigi jer.. ada la dlm 3 kali gak...
Semoga Anakanda Puteri Damia membesar dengan sempurna dan sihat... Amin