RSS

1st September...


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Pejam celik..pejam celik tak sangka kita dh masuk bulan September...rasa mcm baru sgt masuk tahun 2010, mcm baru jer bersalin adik Harriz... sedar2 xsedar usia adik Harriz dh nk masuk 7 bulan dh ( seminggu lagi 8/9/2010)

Begitu pantas masa meninggalkan kita..semakin hari semakin bertambah usia & semakin matang..apatah lagi dengan pelbagai karenah anak2 yg membesar didepan mata... satu persatu perkembangan mental & fizikal anak-anak dapat kita lihat..dari tapak kaki sebesar ibu jari sehinggalah anakanda Damia berusia 3 tahun skrg, jelas dpt dilihat perkembangan mental & fizikal kana-kanak begitu pantas... sekarang giliran anakanda Harriz pulak mengikut jejak anakanda Damia... peredaran masa yg pantas ini menggamit kembali kenangan semasa kita sendiri masih kanak-kanak...alangkah indahnyer saat itu kn... ( merenung sejenak kenangan lama....)

Kan dh terpesong dr tajuk entri tu...ekekeke..gara-gara teringat masa silam apabila usia dh meningkat ni mula la terfikir mcm2 hal dlm kepala ni.. entri ni sebenarnyer nk citer pasal perkembangan anakanda Harriz... sedikit kronolgi nk dikongsi bersama kawan2 blogger semua perkembangan anakanda Harriz smpi sekarang ( 6 bulan).

  • Anakanda Harriz dilahirkan pada 8 Februari 2010 bersamaan 23 Safar 1431H pada jam 7.37am pada hari Isnin seberat 3.20kg di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu...
  • Mendapat suntikan Imunisasi utk usia 1 bulan semasa berusia 24 hari = 4 Mac 2010 hari Khamis( kerana nk balik berpantang di Kelantan so pegi inject awal kt Klinik Syed Salleh Gong badak)
  • Tali pusat Anakanda Harriz gugur pada hari ke 36 selepas kelahiran iaitu pada 16 Mac 2010, hari Selasa kul 7.30am ( satu sejarah rasanyer :p)
  • anakanda Harriz dh pandai memberi tindakbalas bila diagah semasa usia sebulan lebih...
  • Mendapat suntikan imunisasi utk usia 2 bulan pada 15 April 2010 hari Khamis, di Klinik Norhazlina Bukit Payong
  • Mendapat suntikan imunisasi utk usia 3 bulan pada 29 Mei 2010 di Klinik Syed Salleh Gong Badak
  • Mula mendapat makanan tambahan pd usia 4bulan stgh 15 Jun 2010 (nestum/kuih kosu =tepung beras)
  • Mula meniarap pada 22 Jun 2010 pada usia 4 bulan 13hari pd hari Selasa
  • Mula pusing badan, terbalik, bergolek badan pd 17 Julai 2010 (siap jatuh katil lagi pd hr ni sb ummi xtau anakanda dh pandai pusing)
  • mula bergerak 360' buat bulatan pd 24 Julai 2010
  • mula bergerak ke depan, angkat dada & sedikit boleh angkat punggung 27 Julai 2010
  • mula makan bubur nasi kisar pada 27 Julai 2010 pd usia 5 bulan stgh
  • ogos 2010, mula belajar duduk dlm walker, dh pandai mintak suh dukung, pandai jeles, pandai bergurau dgn kakak (memang byk perkembangan mental berlaku pd usia 6 bulan)
  • mendapat imunisasi utk usia 5 bulan pd 18 ogos 2010 di Klinik Kesihatan Ibu Anak tanah Merah
  • 15 ogos 2010, anakanda harriz dh pandai tepuk tangan bila disuruh
  • perkembangan seterusnyer akan menyusul...tunggu.....








pictures terbaru anakanda harriz 31 ogos 2010


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails