Selamat hari lahir buat My Lovely Hubby... Ayang sayang abang...
Heppy besday Sayang
Jamuan perpisahan
Seperti biasa tiap kali hujung semester, student semester 6 akan mengadakan jamuan perpisahan. Istimewanyer jamuan kali ini ummi yang uruskan sendiri. Biasanya student yg uruskan dr soal makanan & peralatan lain tp disebabkan student perempuan pun x ramai jd ummi & abie ambik keputusan untuk menguruskan semua makanan untuk jamuan kali ni..
So pada mlm tu ummi & abie kuar shoping kt mydin mall nk beli barangan keperluan utk jamuan.. menu utk jamuan mcm biasa la.... goreng bihun, ayam & daging untuk BBQ serta ummi bercadang nk buat puding sebagai pencuci mulut.
jadi pada mlm tu ummi & abie membzkn diri sediakan rempah untuk BBQ & perap ayam serta daging.. kira tdo lmbt gak mlm tu lebih kurg kul 3 pagi nk siapkan potong ayam n daging.
Esoknyer pagi2 lagi ummi bangun untuk goreng bihun, keropok serta masak puding jagung. Jamuan bermula kul 10 pagi jd sempat la msk semua..
wp penat kira berbaloi gak la meraikan majlis perpisahan ni.. Alhamdulillah, semua berjalan lancar...
2nd Anniversary Wedding
Sebagai mengingati hari bersejarah kami itu, kami sefamily telah celebrate kt Pizza Hut, Giant.. Lagipun kt Giant ada playCourt, xde la damia boring sgt sb boleh main-main kt situ...
Syukur pada Allah SWT kerana dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan menganugerahkan keluarga yg Bahagia.. Didoakan semoga perkahwinan kami kekal hingga ke hujung nyawa...
AMIN.....

Ziarah & Prasangka
Alhamdulillah..semua umat islam telah selamat menyambut hari raya dengan penuh rasa gembira dan bahagia. Pada musim perayaan ini, ziarah menziarahi telah menjadi suatu kewajipan bagi kita. Namun, kita tidak mungkin mampu untuk menziarahi semua saudara-mara dan rakan taulan yang begitu ramai. Oh, mungkin anda masih begitu letih sekarang setelah penat menziarahi rumah rakan2 anda. Ya, itulah perkara sama yang saya rasa sekarang. Penat tetapi rasanya cukup gembira dapat berjumpa saudara mara dan rakan2 yang dah lama tidak berjumpa…macam2 cerita dan aktiviti umpat-mengumpat kita bicarakan (sebulan buat ibadat, sekarang dah kering balik..huhuhu).
Walau bagaimanapun, ada juga orang yang ‘kurang cerdik’ dalam mengamalkan kewajipan ziarah ini. Mereka lebih utamakan orang2 yang tinggal jauh berbanding saudara mara terdekat dan jiran tetangga. Perbuatan ini kadang-kadang telah menyebabkan perasaan saudara mara atau jiran tetangga kita terguris. Apalah salahnya menziarahi jiran sebelah rumah dahulu sebelum keluar ke tempat lain? Atau kita terlalu hebat sehingga tidak layak rasanya untuk menjejaki rumah jiran yang buruk lagi berdebu. Ehem…entahlah, perhatikan orang disekeliling kita, atau perhatikan diri kita sendiri, adakah kita tergolong dalam kumpulan ini? Ah..sedihnya…
Sifat semulajadi yang terdapat dalam diri setiap manusia antaranya adalah suka berprasangka buruk. Jarang sekali orang akan berfikiran positif terhadap tindakan orang lain walaupun Islam menuntut kita berfikiran positif atau berprasangka baik. Inilah perkara yang cuba dielakkan dalam agama kita, menziarahi saudara terdekat dan jiran tetangga terlebih dahulu dapat mengelakkan mereka daripada bersangka buruk terhadap kita. Agaknya apa kata mereka jika kita tidak menziarahi mereka? Adakah mereka akan berkata seperti ini: “Bagusnya jiran kita tu, diorang tak datang pun rumah kita sebab dah tahu kita sibuk!” atau “Jiran kita tu tak datang pun rumah kita, tentu mereka ada urusan penting di tempat yang lebih jauh!”
Pada pandangan saya mereka akan berkata begini: “Boleh harap punya jiran, rumah kita langsung tak nak diziarahinya, apa salah kita? Kenapa Sombong sangat!” atau “Rumah orang jauh boleh pergi, rumah kita yang dekat ni dia buat tak nampak jer..!” Apa pendapat anda pula? Setujukah anda dengan apa yang saya nyatakan di atas? Perkara ini bukan rekaan atau imaginasi saya, tetapi ia berlaku depan mata saya sendiri…sedihnya…
Ragam Damia
Aidilfitri 2008
Pada Aidilfitri tahun ni kami sekeluarga telah bersepakat untuk beraya di Kelantan dulu kemudian baru beraya di Terengganu. Kami sekeluarga bertolak balik sehari sebelum raya... dalam kul 4 petang kami bertolak dan berbuka puasa dekat Machang.. Alhamdulillah, perjalanan pulang ke Kampung berjalan lancar dan jalan pun tidak la terlalu sesak.
Jamuan student Sem 6 2008
Pada bulan puasa memang sudah menjadi rutin akan diadakan majlis berbuka puasa oleh student kt fakulti abang. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, student semester 6 2008 telah mengadakan majlis berbuka puasa di salah sebuah restoran dalam taman dekat Tok Jembal. Macam-macam menu yang disediakan seperti tom yam, ikan siakap masak tiga rasa, telur dadar, sayur kailan ikan masin dan macam-macam lagi. Dengan kehadiran semua pelajar memeriahkan lagi majlis berbuka puasa.
Student semester 6 semester ini taklah ramai sangat Cuma 12 orang tapi suasana still meriah mcm 50 orang... al maklumlah ramai student lelaki.. Cuma servis di restoran itu boleh dikatakan lmbt sedikit, mungkin disebabkan banyak tempahan untuk pelanggan yang ingin berbuka puasa.
Alhamdulillah, boleh dikatakan masakkan di restoran ni sedap jugak.. licin budak2 ni makan..lagipun membazir lak klu x abiskan.. Ape2 pun diucapkan ribuan terima kasih kepada semua student sem 6 2008 kerana menjemput kami sekeluarga ke majlis berbuka puasa ni...
Gambar kenangan bersama student sem 6 sesi 2008 (25 Sept 2008)
Berani bukan sahaja untuk menang
Setiap kali kita menghadapi saat sukar dalam menentukan kejayaan, kita sering di sematkan dengan satu kekuatan untuk menghadapinya. Kita berkata, “Aku perlu berani!” Ya! Benar sekali! Kita perlu berani dalam menghadapi segala rintangan untuk berjaya dan menang. Tetapi apa yang terjadi sering kali membuatkan kita kaku untuk terus berusaha mencapai kejayaan. Kerana realiti hidup telah menetapkan bahawa kita akan lebih banyak gagal daripada berjaya!
Kita boleh bersikap berani apabila berfikiran positif bahawa kita akan berjaya. Namun, sikap berani akan hilang jika kita berfikiran negatif bahawa kita akan kalah. Hampir semua orang tahu akan perkara ini, tetapi kenapa masih ramai orang yang suka berfikiran negatif dan menganggap dia akan kalah? Jawapannya mudah, mereka lebih suka fikir berpandukan realiti kehidupan, bukan berfikir dengan menggunakan kuasa minda. Siapa yang boleh berfikir dengan menggunakan kuasa minda? Hanya segelintir manusia hebat sahaja..
Jadi bagaimanakah kita dapat memanam rasa berani jika fikir kita akan kalah? Jawapannya juga mudah, TERIMALAH KEKALAHAN ITU SEBAGAI REALITI, BERANILAH UNTUK KALAH! Di mana-mana pun, orang yang berjaya adalah seorang yang telah tahu dia akan kalah tetapi tetap berdegil untuk meneruskan usahanya.
Dalam buku BERANI GAGAL oleh Billi P.S. Lim ada menyatakan,
“Apabila seorang samurai sejati bertarung, ia telah bersedia untuk menghadapi maut, tetapi lazimnya, lawannyalah yang menemui ajal.”
Kita akan lebih berani dalam apa jua perkara sekiranya kita berani untuk menghadapi kekalahan. Berani menghadapi kekalahan bukan bermaksud buat sambil lewa dan tidak kisah sangat jika kalah, tetapi bermaksud,
“Aku akan buat habis baik, aku tak peduli jika aku kalah, aku tak hairan dan aku tak takut! Aku tetap akan buat yang terbaik!!!
Insyaallah…kejayaan dalam genggaman ANDA!
Happy 1st Birthday Puteri Damia
Pada hari ni usia Damia dh masuk setahun..Alhamdulillah.. semoga dipanjang umur dan dimurahkan rezeki serta membesar jadi anak yg solehah dan berjaya menempuh hidup ini...
kebetulan ummi ada temuduga utk Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah pada hari ni, jadi x sempat nk buat preparation untuk buat majlis besday buat puteri Damia. Jadi untuk celebrate Besday Girl ni, kami sekeluarga telah bawak damia kuar pada mlm tu... jln2 kt Giant n makan kt Pizza Hut... beli set Pizza utk Besday Girl kita...
Berfikir Sejenak
Jom sama-sama kita berfikir sejenak
Adakah setiap perkara yang kita percaya tentang siapa diri kita, nasib kita,takdir, sifat dan kelakuan adalah sebuah fakta, atau hanya sebuah kepercayaan yang kita sendiri wujudkan kerana kita percaya itu adalah fakta.
Sekiranya itu adalah fakta, bukankah apapun yang kita fikirkan dan lakukan, pasti ianya tidak berubah.
Adakah hidup kita sekaku itu?
Apakah kita semudah itu di programkan?
Bagaimana pula jika itu adalah sesuatu yang buruk dan bukan apa yang kita inginkan?
Adakah kita terima dan pasrah setiap keburukan itu,kerana merasakan ianya nasib dan satu takdir untuk kita?
Bagi pendapat anda bagi persoalan di atas,InsyaALLAH ada sesuatu untuk anda bagi individu yang memberikan pendapat yang terbaik.
Selamat Hari Ibu
Tarikh 11/05/2008 ini adalah hari yang bersejarah buat ibu-ibu yang disayangi sekalian.
Tiada ucapan, coretan, ungkapan, nada atau sebarang seni dapat menandingi kasih sayang dan pengorbananmu wahai ibuku.
Dirimu umpama udara yang menjadi teman hidup seluruh umat manusia.
Mungkin tidak bisa aku lafazkan dengan kata-kata atau rungkaikan sebarang perkataan untuk menzahirkan kasih sayangku kepadamu..
Namun, aku tidak dapat menahan diri ini dari mengambarkan perasaan ini kepadamu. Aku sayang padamu, ibuku…
Maafkanlah segala kesalahan anak kecilmu ini, halalkanlah segala detik yang berlalu ketika aku bersamamu.
Kenakalan, kekurangan dan kedaifan diri ini hanyalah suatu kelemahan untuk menerima teguranmu.
Ia bukan bermaksud anak kecilmu ini tidak berguna, tetapi sekadar kelemahan untuk mendapatkan perlingdungan dan kasih sayang daripadamu..
Ibu….
Kasih sayang ibu menjadi benteng kekuatanku.
Nasihat ibu menjadi noktah keputusanku.
Sentuhan ibu menjadikan aku manusia berguna.
Keikhlasan ibu menjadikan aku insan yang mulia.
Di hari ibu yang mendatang, akan aku hadiahkan titisan air mataku kepadamu..
Tanda kasihku kepadamu…
Tanda doaku yang ikhlas kepada tuhan…
Supaya ibu sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang daripada-Nya..
Supaya ibu bersama dengan orang-orang yang mulia disisi-Nya..
Supaya ibu ditempatkan di SYURGA.
Amin…
Terima kasih
Ampunkanlah segala kesalahanku…
Muzium Losong
Kalau bab bersiar-siar ni memang boleh dikatakan setiap bulan ada jer tempat kami sekeluarga akan pegi... Bukan ape, sesekali pada hari minggu kaur bawak Damia kenal dunia luar sikit.
Pada kali ni kami sekeluarga pegi melawat Muzium Negeri Terengganu kt Losong. Menarik gak tempat ni, suasana dia pun tenang jer... penuh dengan kehijauan... selain tu banyak gak artifak yg menarik leh kita tgk kt sana mcm kapal dll. Taman pun ada....
Apabila masalah timbul...
Kehidupan harian memaksa kita berdepan dengan pelbagai situasi yang kadang2 amat sukar diatasi. Ada orang mengalami masalah dipejabat, bermasalah dengan keluarga, masalah dengan suami/isteri, kawan-kawan, saudara-mara, masalah cinta dan macam-macam lagi masalah yang langsung tak terfikir oleh kita. Sehingga ada masalah yang boleh dijadikan sebuah filem yang amat unik.
Kadang-kadang masalah yang dihadapi terasa begitu menekan jiwa, ramai di antara kita terasa keseorangan dan begitu kesunyian menghadapi masalah yang tak pernah menunjukkan cahaya kebahagiaan. Dalam keadaan ini, manusia umumnya akan kembali….kembali kepada fitrah asal kelemahan diri sehingga hatinya tersentuh..tersentuh untuk kembali mengingati Yang Maha Esa, tuhan pencipta alam..hilang segala keegoan dan kemegahan diri. Terpancullah dari mulutnya nama yang jarang disebut ketika senang dan bahagia, suatu nama yang memberikan kekuatan dikala diri mulai sempit dan air mata mulai kecundang dari sepasang mata yang layu dari segala pandangan yang dianggap sinis selama ini….Ya Allah……Ya Allah……….
“Ingatilah Allah dalam apa jua keadaan kita sekali pun! Kita perlu menangis bukan hanya kerana sedih, tetapi juga kerana bahagia, kerana Allah sukakan hambanya yang bersyukur dalam senang ataupun susah!”
BBQ kt Sungai Buweh, Kenyir Lake
Pada 17 Februari 2008, student abie semester 6 telah mengadakan BBQ sebagai tanda perpisahan dengan mereka yang akan menamatkan pengajian peringkat Diploma di UDM... so semua bersepakat nk buat jamuan makan2 n BBQ kt Tasik Kenyir... leh la g jalan-jalan kt sana sambil2 berseronok...
Damia mula makan bubur
Sedar tak sedar sekarang Damia dh masuk 6 bulan, sudah semakin montel & pandai tegur orang... bila dh masuk 6 bulan ni susu jer x cukup untuk pembesaran Damia.. pada peringkat umur 6 bulan dh boleh bagi makanan tambahan seperti nestum atau bubur. Pada mulanyer, Damia diberi makan nestum beras tp sekejap jer bagi xsampai 2 mggu Damia mula tunjuk rasa muak & xnk makan nestum.. Jadi kena la ummi rajin sikit masak bubur tiap2 hari. Bila bagi bubur nasi, berselera lak Damia makan...
Boleh dikatakan hari-hari masak bubur untuk Damia.. klu buat yg sama jer, Damia pun bosan gak jd tukar2 menu.. kadang2 letak ayam, daging, ikan xpun air ikan bilis... sayur seperti carrot, ubi kentang, sawi, brokoli tu memang kena masukkan sekali untuk menyedapkan rasa serta mencantikkan warna bubur.. kadang2 ummi pun makan bubur ni.. sesuai utk semua lapisan umur... hehehe..