RSS

Kandungan ku dh 38+++ mggu


Lilypie Maternity tickers


sedar x sedar kandunganku dh mencapai 38++ mggu...tapi masih xde tanda2 besar lagi untuk melahirkan... klu ikutkan masa 1st baby, hr ni dh masuk 3 hari dh baby lahir...huhuhu..bila la agaknyer baby ni nk kuar... penantian satu penyiksaan..huhuhu... klu ikutkan due 8 Februari ni jadi lebih kurang dlm 12 hari lagi kot... xtau la kot2 baby ni nk tggu betul2 40 mggu baru nk kuar... harap2 semuanya selamat.. kawan2 semua doakan utk saya yer....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kandungan ku dh 37 mggu+++

Lilypie

alhamdulillah... dalam sedar xsedar kandunganku dh mencapai 37 mggu maknanya dh masuk 9 bulan... debaran dh mula terasa menunggu saat kelahiran anakanda yg ke 2 ni... masih teringat2 saat menunggu kelahiran anakanda Damia dulu... adakah aku akan merasai pengalaman yg sama seperti itu atau sebaliknya..... aku sendiri xdapat nk duga cmner...

sejak kandungan masuk 37 mggu ni, baby dalam rahimku memg selalu sgt bergerak dgn aktif..maybe dia dh xselesa berada dlm rahimku yg dh menjadi semakin sempit bgnya.. semalam aku pergi ke klinik buat check up seperti biasa..Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik....cuma tggu masa untuk bersalin jela... aku xdapat jangka bila agaknyer nk bersalin..klu ikut kakaknyer genap 38 mggu.... sekarang ni dh 37 mggu 5 hari, jd dlm 3-4 hari lagi kot...xpun maybe dia lmbt sikit dari kakaknyer.... itu aku xpasti.... cuma pd masa ni aku dapat rasakan ketidakselesaan untuk tdo... duduk..baring semua xkena... pergerakkan baby seolah2 mengatakan dia xselesa..jd aku perlu sentiasa mengubah posisi mengikut keselesaan bayi dalam rahimku....

Insyaallah..klu mengikut ramalan ku maybe mggu depan aku bersalin agaknyer.... doa-doakan lah semoga semuanya selamat dan berjalan dgn lancar..

amin....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

AlmariAdel - New Year Giveaway

=========================================



Syarat² nya sOnang je :-
1. Jadi fOllOwer AlmariAdel + add AlmariAdel kat blOglist u'ols -done-
2. Tempek la banner giveaway nie kat sidebar
-done-
3. Buat satu entry mengenai giveaway ni yang bertitle, AlmariAdel - New Year Giveaway. Jangan lupa letak pic kat atas tuh, OK~!! -done-
4. Tinggalkan link entry u'ols pada bahagian cOmment entry ni -done-
5. Closing date : 20.1.2010

Hadiah MISTERI menanti anda!!! Pemenang akan dipilih melalui cabutan yang akan dilakukan oleh DaddyAdel & nama² pemenang akan diumumkan selewat²nya pada 24.1.2010...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

- New Year Giveaway - by Orkedanza



Kali ni nk cuba join
- New Year Giveaway - by orkedanza.

Bagi sesiapa yg nk join
- New Year Giveaway . ni boleh la klik di SINI untuk mengetahui syarat-syarat yg telah ditetapkan.. InsyaAllah nt bila ramai join lagi meriah...so jom la sama2 kita memeriahkan lagi - New Year Giveaway - ni...



Hajat dihati kalau boleh nak nih:


atau ni pun ok gak

Hadiah-hadiah ditaja oleh Aleiany collection


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SweetLovelyShoppe Cutest Baby Photo Contest





SweetLovelyShoppe Cutest Baby Photo Contest

Tarikh Tutup Peraduan :

20 JANUARI 2010

Contest ini terbuka kepada Blogger dan juga bukan Blogger.
Untuk mengetahui dgn lebih lanjut mengenai contest ini sila click DI SINI


Antara syarat-syarat contest:
---------------------------------------

~Jadi follower kami. Sesiapa yang belum menjadi member automatik menjadi member kami -done-

~Sila linkkan blog kami di blog list anda
-done-

~Upload sekeping gambar anak anda yang paling comel dan anda suka.
-done-

~Sila sertakan sekali nama anak,umur dan nama ibu
-done-

~Sila tinggalkan link anda di entry ini
-done-



*Peraduan terbuka kepada kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah*

HADIAH :

Barangan dari

SweetLovelyShoppe

&

Hadiah merupakan Barangan TUPPERWARE Brands.

==================================

Assalamualaikum...

Ummi tertarik untuk menyertai contest ni, selain dr berbeza dgn contest2 yg pernah ummi join..hadiahnyer pun menarik sekali.... mana tau tuah anak kan, ummi leh tumpang gembira.... ni picture yg ummi pertaruhkan, suka tgk picture ni...semoga dpt menawan hati juri....


Nama Si Comel : Nurin Damia Insyirah bt Zammeri
Usia Si Comel Sekarang : 2 Tahun 5 Bulan
Nama Ummi : Che Norharizan Che Ibrahim

p/s : Sila klik pada picture untuk copy image & paparan yg lebih jelas

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CONTEST SWEET PICTURE ANAK BERSAMA IBU


CONTEST SWEET PICTURE ANAK BERSAMA IBU



Tarikh tutup penyertaan : 29hb Januari 2010

Syarat2 adalah seperti berikut...

1) Mestilah gambar tersebut IBU BERSAMA ANAK..umur dari baby sehingga 3tahun.. -done-
bilangan anak tidak kisah janji xmelebihi umur yang d'inginkan..
2) Nama anda & your anak beserta tarikh lahir.. -done-
3) Letak picture satu SAHAJA yer...coz byk2 nnt pening juri -done-
4) Ceritakan kenapa gambar tersebut d'anggap SWEET utk korg.. -done-
5) Jadi follower untuk blog IBU & blog MYTOMEIOUTLET -done-
6) Letak banner yang dicipta khas (gambar d'atas) diruang sidebar korang semua -done-
7) Letak tajuk sperti d'atas jugak yer..Make sure ur entry link back to mine -done-
8) Last skali,tinggalkan korangnye penyertaan kat dalam comment box entry ni k..
itu jer...senang je..

=================================================

Assalamualaikum....

Untuk memeriahkan lagi contest ni, ummi pn nak join gak... gambar yg ummi pertaruhkan adalah seperti di bawah:

Nama ummi : Che Norharizan bt Che Ibrahim
Nama Si Comel : Nurin Damia Insyirah Zammeri
Tarikh Lahir : 25 Julai 2007


Gambar ni mengingatkan saat indah semasa sambut Besday Damia yg pertama.... bukan main suka Damia bila kitaorg g celebrate besday dia... satu Pizza Hut dia terjah sampai tak larat ummi & abie nak kejar... harap picture ini dapat menawan hati para juri...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ Adrini’s 1st Giveaway ~

Bersempena tahun baru 2010 ni..

rasa berminat lak nk join

~ Adrini’s 1st Giveaway ~

Anjuran : UmmiKhayra

Syarat:

1. Tulis entry bertajuk Adrini’s 1st Giveaway . -done-
2. Letak banner di sideboxes dan link kan kepada
http://www.adrinis.com/blog -done-

3. Letakkan link http://krochetshop.blogspot.com/sebagai penaja bersama. -done-
4. Lepas tu tinggalkan komen dengan link sebagai tanda penyertaan kawan-kawan. -done-

Tarikh tutup giveaway ni adalah sebelum 11.59pm pada 15 Januari 2010. Sebanyak 3 orang pemenang akan dipilih secara rawak.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Daging Masak Halia versi Ummi


ni adalah antara menu kegemaran my lovely hubby... klu dia nk mkn mesti kena masak punyer... suka tgk dia mkn klu masak lauk ni..sampai licin pinggan...hehehe
mari kita terjah resepi ni....

Bahan:

-300gm Daging
-5 biji Bawang putih
-1 biji Bawang besar
-1 biji Cili besar (nk pedas letak cili api)
- 2 inci Halia (potong halus)
-2 sudu teh Cili Giling
-2 sudu teh Sos Tiram
-2 sudu teh Kicap cair
-perasa (garam+gula)

cara masak:

-tumis bawang hingga naik bau
-masukkan cili giling biar smpi cili masak
-masukkan daging... biarkan empuk..
-masukkan sedikit air utk kuah..+ sos tiram, kicap
-masukkan halia dan lada besar
-biarkan sekejap smpi halia naik bau...
-masukan perasa
-hidangkan

cuba jgn xcuba

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Happy Besday To Ummie



Assalamualaikum....

Happy Birthday To Me.... Happy Birthday To Me.... Happy Birthday To ummi Damia.... Happy Birthday To Me.... :)



hahahaha.... selamat hari ulangtahun kelahiran...huhuhu.jap jer masa berlalu.. sedar x sedar ummi dh masuk angka 3 dh...cedihnyer meninggalkan angka 2.... tp usia mematangkan seseorang kan...harap2 dgn peningkatan usia ummi ni lebih mematangkan ummi yg tak berapa matang lagi ni....

so sempena besday ummi ni, abie wat suprise..... agak2 ape yg ummi dapat erk? jeng..jeng..jeng....

.
.
.
.
.
.
.
.
.


& dapat satu lagi suprise dr abie... agak2nyer ape lak yer....
jeng--jeng--jeng...
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
Alhamdulillah....

so mlm tu kitaorg potong kek la... macam biasa si perasmi utk ptong kek ni sentiasa menunggu peluang jer... mari kita tgk sekitar majlis kecik kami bertiga ni....



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TomYam Versi UmmiDamia


Assalamualaikum.....

Rasanyer dh lama xmasukkan n3 pasal resepi ni kan... xsempat nk snap pic lepas masak... biasa la bila dh dok umah ni mcm2 kena setttlekan pasal umah, anak ...jd phm2 jelah...

so kebetulan tersnap pic menu ni mai kita kongsi bersama2 menu ummi Damia yg xseberapa ni... rasanyer memg semua org pandai masak tomyam ni...hehehehe


bahan:

-bawang putih (lebih sikit xpe)
-bawang merah
-bawang besar (potong bulat)
-ayam
-daging (leh tmbh mcm2 jenis lauk klu suka)
-sayur kubis
-anak jagung
-carot
-lada besar (nk pedas letak cili padi)
-serai
-daun limau purut
-tomato
-(klu nk tambah pes tomyam pun xpe)

cara masak:

-panaskan minyak, tumis bawang hingga naik bau
-masukkan sikit buah tomato utk bersama tumisan td untuk dapatkan sedikit rs masam
klu nk masukkan pes tomyam leh la masukkan sekali
-masukkan lauk (ayam+daging) biarkan empuk
-masukkan air sbgi kuah... terpulang byk mana ikut citarasa
-bila dh mendidih n lauk masak.... masukkan semua sayur2 td
- jgn lupe serai n daun limau purut
-last sekali masukkan hirisan tomato
-hidangkan ms panas....

jgn lupe cuba yer....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ragam Damia dgn kucing



assalamualaikum....

lama xciter pasal ragam Damia ni, ummi asyik terjah contest jer...hehehehe.. skrg ni memg susah nk pisahkan Damia dgn kucing... klu xdpt tangkap kucing, abis satu umah dia kejar kucing... sampaikan kucing pun dh fobia tgk Damia.... ummi larang pun dia wat tak tau jer... kt umah tok Damia ni ada byk kucing dalam 4 ekor gak la..tmbh lak ada sekor yg kecik...skrg ni kucing kecik ni lak yg jd kegemaran dia..maklumlah yg lain semua dh besar, Damia xlarat nk dukung dh...berat katanya.... tp rs xsampai hati lak nk bg dia main dgn yg kecik tu..karang xpasal2 pendek umur lak kucing tu... maklumlah Damia bila time geram xleh nk jangka masa dia... klu yg besar ni, ok la sikit wp dia pegang kasar sikit pun.... mari kita terjah ragam Damia dgn kucing yg x kecik dan xbesar ni....yg ni jer dia mampu dukung setakat ni....wp berat tp leh angkat lagi..klu tak larat nk angkat nt dia pimpin jer kucing ni jalan dgn 2 kaki..kelakar tul bila tgk....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wanita Mencari Jodoh: Ciri2 Calon Suami Yang Ideal

Sering kita mendengar maksud sepotong hadith yang berbunyi, “Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya,keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu”

(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Secara umumnya hadith ini menyenaraikan tentang ciri-ciri wanita yang biasanya menarik perhatian lelaki untuk dijadikan calon isteri. Wanita yang kaya, berharta, berdarjat tinggi dancantik jelita adalah pakej lengkap yang meruntun hati kaum lelaki untuk menyuntingnya.Namun yang lebih penting hadith di atas menyarankan kepada kaum lelaki agar memilih bakal isteri yang memiliki ciri “kuat penghayatan agamanya”. Inidisebabkan wanita yang melaksanakan segala ajaran agama akan memberikanpengaruh serta kesan yang besar terhadap kebahagiaan hidup berumahtangga.

Bagaimana pula ciri-ciri lelaki yang baik untuk dijadikan suami? Jika hadith di atas memberi panduan kepada kaum lelaki dalam memilih bakal isterimereka, maka di samping itu Islam juga memberi panduan kepada kaum wanita dalam memilih bakal suami mereka.Hal ini disebabkan aspek memilih jodoh bukanlah perkara yang boleh dipandang mudah. Ia tidak boleh dilakukan dengan terburu-buru atau tanpa penilitian yang mendalam. Ini disebabkan perkahwinan melibatkan soal kehidupan, zuriat, hak, tanggungjawab dan kasih sayang yang bakal kita jalani bersama dengan pasangan.

Lebih-lebih lagi bagi seorang wanita, ia perlu menyelidik terlebih dahulu latar belakang bakal suaminya dari segi akhlak serta penghayatan agamanya.

Ini kerana menurut kajian, kaum wanitalah yang paling teruk menerima kesanburuk apabila suami mengabaikan hak isteri, tidak mempergauli isteri dengan baik, curang, tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga dan sebagainya. Adalah menjadi kewajipan ibu bapa memberikan panduan yang baik bagi anak-anak perempuan mereka mencari bakal suami dari kalangan lelaki yang berakhlak tinggi dan taat pada ajaran agama. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Jika seorang lelaki datang untuk meminang anak perempuan kamu dan kamu redha (berpuas hati) tentang agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, akan berlakulah fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”.

Sesungguhnya sifat-sifat inilah (baik akhlak dan agama) yang mesti dijadikan kriteria utama di dalam memilih bakal suami sebelum dilihat atau dipilih pada sudut harta, pangkat dan kedudukan lelaki tersebut. Lelaki yang sederhana kehidupannnya tetapi berakhlak mulia serta taat melaksanakan segala perintah Allah SWT dan rasul-Nya itulah sebenarnya seorang yang kaya, sebaliknya lelaki fasik (ingkar kepada suruhan Allah SWT ) walaupun hidup kaya raya, hakikatnya ia adalah miskin.

Mengapa demikian? Kerana kefasikan hidup akan melesapkan harta kekayaan melalui aktiviti perujudian, minuman keras, berkunjung ke tempat - tempat maksiat, berfoya-foya dan sebagainya. Hak-hak isteri dengan sendirinya hilang dan terabai. Isteri hidup dalam tekanan perasaan kerana tanggungjawabterhadap keluarga dan anak-anak dilupakan. Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis di atas sebagai “fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”.

Suami yang hidup dalam kefasikan bermakna mengundang murka Allah SWT. Jika Allah SWT sudah murka, bagaimanakah rahmat dan keberkatan hidup berumahtangga akan dapat dinikmati?

Diriwayatkan dalam sebuah kisah, seorang lelaki datang menemui Hasan bin Ali RA (cucu Rasulullah SAW) untuk meminta nasihat. Katanya, “Anak perempuanku dipinang oleh beberapa orang lelaki. Dengan lelaki yang bagaimanakah yang layak dikahwinkan dengan puteriku?” Hasan menjawab,

“Kahwinkanlah dia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, kerana jika ia menyukai isterinya ia pasti mengasihinya, teteapi jika ia tidak menyukai isterinya pasti ia tidak akan berlaku zalim terhadapnya (tetap menghormati isterinya)”.

Prof. Dr. Miqdad Yaljan dalam bukunya bertajuk


Menurut beliau lagi, sekiranya perceraian berlaku, ia akan lebih mendatangkan kemudaratan kepada wanita berbanding lelaki sama ada dari sudut sosial, psikologi dan ekonomi. Tambahan lagi pandangan negatif sesetengah masyarakat kepada wanita bergelar janda menambahkan lagi tekanan perasaan mereka. Malah perasaan malu akibat perceraian lebih dirasai oleh golongan wanita berbanding lelaki.

Rasulullah SAW juga amat benci kepada mana-mana bapa (atau wali)yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik. Baginda mengingatkan dalam sabdanya yang bermaksud:

Lihatlah betapa tegasnya Rasulullah SAW dalam menggesa para ibu bapa agar mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang beriman dan menjauhi dari mengahwinkannya dengan lelaki yang fasik.

Apakah fitnah atau malapetaka yang lebih besar selain daripadamenikahkan anak-anak yang berjiwa bersih, berperibadi mulia dan taat menjalankan suruhan agama dengan lelaki yang tidak menghiraukan perintah Allah SWT dan bergelumang pula dengan maksiat?

Kita melihat bahawa berapa ramai anak-anak perempuan yang ketika berada di bawah naungan keluarganya tidak pernah melakukan maksiat, tetapi apabila berkahwin dengan lelaki fasik, mereka terus hanyut dalam arus maksiat yang diterajui oleh suami mereka sendiri.

Gadis yang pada mulanya berperibadi mulia, akhirnya terseret jauh oleh kesesatan suaminya. Memakai pakaian yang mendedahkan aurat, meninggalkan solat dan bentuk-bentuk ibadah lainnya. Semua ini jelas merupakan kerugian yang nyata sekali bagi dirinya.

Oleh sebab itu, amat wajarlah Rasulullah SAW menghukum mana-mana bapa atau wali yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik, yang seolah-olah dia memutuskan hubungan silaturrahim dengan anak perempuannya sendiri.

Kesimpulannya, kaum wanita perlu lebih teliti dan berhati-hati dalam soal pemilihan jodoh. Ini kerana perkahwinan bukanlah kontrak perniagaan yang berorientasikan keuntungan semata-mata, tetapi ia merupakan “ikatan sosial” yang merangkumi pelbagai aspek kemanusiaan seperti pertalian jiwa, kasih sayang, ketenangan hati, tuntutan biologi, nasab keturunan, hak, tanggungjawab, toleransi dan sebagainya.

Hayatilah firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan kahwinkanlah orangorang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki mahupun perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dengan limpah kurniaan-Nya,kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui”. (an-Nur: 32). “al-Bayt al-Islami Kama Yanbaghi An Yakun” menulis: Soal perkahwinan adalah persoalan hidup keseluruhannya. Lebih-lebih lagi kaum wanita dalam membuat penelitian terhadap bakal suami. Ini kerana kuasa talak terletak di tangan suami mereka.“Sesiapa yang menikahkan anak perempuannya dengan lelaki fasiq bererti ia telah memutuskan hubungan silaturrahim dengan anaknya sendiri”.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pantai Chendering

Assalamualaikum...

Dh lama xbawak Damia kuar g pantai... kebetulan lak abie sibuk memanjang... rasa sian lak tgk Damia bosan jer dok umah jadi petang semlm abie ajak Damia g pantai.. Pantai yg paling dekat dgn umah mertua Pantai Cendering jer la..nk pegi Pantai Batu Buruk confirm ramai org... kt Pantai Cendering ni xramai org tau sgt..jd leh la lepaskan Damia main2 pasir sorg2..lagipun kawasan pantai pun landai jer....ombak pun xbesar sgt....

Mula2 sampai pantai Damia bukan main suka lagi... yelah bila tgk ombak. Tapi sekarang dia x berani nk g sentuh ombak ni tgk jauh2 je la.. maybe takut agaknyer sb dh lama x g pantai... sblm ni memg pantang nmpk ombak terus meluru ke sana.... mari kita layan bunyi ombak n karenah Damia masa kt pantai....





(Harap maaf pictures kurang jelas...lagipun dh hampir kul 7 mlm kitaorg pun slow2 dh nk balik masa snap gmbr2 ni)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Happy New Year 2010


Assalamualaikum WBT...

Dalam diam tak diam jap jer masa berlalu kan... skrg dh masuk tahun baru 2010... selamat tinggal tahun 2009 yg meninggal pelbagai memori suka duka dalam kehidupan kita. Semoga segala kenangan pahit atau manis yg pernah kita lalui boleh dijadikan pengajaran dalam hidup kita untuk menempuh rintangan yg bakal kita tempuhi pada tahun ini... InsyaAllah....

SeLaMaT TaHuN Baru 2010 dari Puteriezan Sekeluarga

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts with Thumbnails